CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru... + Cermin oh cermin!!



Arini, 01 01 10.. Dah masuk tahun baru.. Bertambah usiaku. Huh! Makin tua da babe..



Aku di sini.. di UKM. Bukan di sana (UPM). Rumet aku masih bercuti kat Taiping, so aku bersendirian di bilik. Then aku decide la utk lepak kat sini, kebetulan aku memang ada keje nak buat kat sini. Huhu... So terisi jugak la weekend aku. Bukan tu je, aku dapat jgk jumpa kawan lama aku masa sama2 blaja kat matrik dulu. Lama gile tak jumpa. Skg masing2 dah final year....



Tahun baru aku, bermula dgn sgt hampeh. Serius! Nak je aku hantuk kepale mereka tu. Bg diorg tahu yang aku sangat bengang dgn apa yg mereka lakukan. Mereka ingat aku ni sape? Senang2 je mereka nak memperkotak-katikkan aku. Sampai sungguh hati mereka. (Bak kata Sri, 'kwn lama aku tu', Sri taknak Kakda jadi kotak...) Aku pun taknak semuanya jadi mcm ni. Tapi apakan daya, kita tak berkuasa nak mengawal segalanya. Hati dan perasaan manusia, apa yg mereka rasa, apa yg mereka fikir dan apa yg mereka nak buat, bukan kehendak kita. Jauh sekali untuk kita mengawal atau menjangkakannya.



Arini aku sedih sangat. Sedih dan terluka dgn apa yg terjadi. Benar2 sedih. Dan aku tak tahu kenapa semuanya harus jadi cmni.. Memang bukan kupinta. Tp kenapa? Kenapa mereka terlalu cepat melatah dgn situasi. Aku hanya mangsa keadaan. Aku langsung takde niat nak merosakkan segalanya. Aku tak sangka bende ni akan jadi mcm ni.... Oh Tuhan, ape dosa aku pada mereka, sampaikan begini sekali habuan mereka untuk aku. Mereka dah lenyapkan kewujudan aku dr hidup mereka (Mereka dah block fb aku......). Apa motifnya?? Kenapa? Besar sgt ke apa yg aku dah buat? Kenapa mereka tak selidik dulu apa sebenarnya yang berlaku sebelum menghukum sesiapa. Sebelum menghukum aku.... Aku hanya mangsa keadaan. Seriously, aku terperangkap... Begitu bodoh sekali insan yang memulakan semua ni. Bodoh!!!




Selepas menulis sedikit beberapa perenggan di atas, aku berhenti rehat seketika. Aku g mandi jap.... Dan berlaku lah suatu kejadian yg amat tragis. Setelah aku selesai mandi, tibe2 barang aku yg paling berharga terjatuh dlm bilik air tu... Cermin mata aku!!!!! (Please jgn tanya nape smpai ke bilik air aku memakai cermin mata. Jangan tanya, sebab aku akan bgtau...) Aku skg ni kat tempat orang. Kang kalo aku tak pakai, kurang nampak, ntah bilik ape yang aku masuk tak tau la.. Huhu... Terkezuttt gile akuh time bnde alah tu jatuh.. Gile kejap aku dibuatnya.. Nasib baik aku dah betul2 siap mandi. Aku berlari masuk bilik, meraung-raung manja dkt Fina... Nape jadi mcm ni??? Adeih.... Mata aku memang rosak teruk, so kalo tak pakai, kompem xleh nak jalan jauh2.. Sedih sgt ni beb.. Huhuhuhuhuhu... (nangis jap..)




Dalam sehari dua lepas, aku ada jugak terfikir nak tukar spek baru.. Sebab spek ni dah lama sgt aku pakai (sejak dr matrik lg..). Spek ni dah lama jadi mata no2 aku. Dah byk jasa dia pada aku.. Bila aku pasang niat nak tukar spek baru, dia kecik ati kot.. Sebab tu la dia jatuh and pecah.




Cermin ni kan, dr pengalaman orang terdekat aku la, dia mcm ada sense. (Maaf kalo aku agak mengarut di sini... Aku berhak sbb ni blog aku..) Dengan kata lain, dia mcm ada perasaan. Huh! Ridiculous. Tapi memang terjadi. Rumet aku pernah mengalaminya. Dulu dia ada cermin yg agak besar saiz dia (takde la sampai leh nampak kaki dia kalo dia berdiri..). Tapi bila dia beli cermin baru, dua ari lepas tu, cermin yg dah lama berjasa pd dia tu jatuh dan pecah. Cermin tu jatuh dan pecah dengan akulah sbg saksinya (aku cuma saksi, bukan penyebab, ok). Bende yg sama berlaku kat sorang lg kawan aku. Dan berlaku jugak pada aku! Hukhuk!! (Sedih, sebab esok kene kuarkan duit utk buat spek baru). Di suatu sudut yg lain, padan dgn muka aku! Memandai sgt pasang niat nak buat lain, kan dah kene buat betul.. Ambik kau!




Saat ni, aku pakai spek Fina. Nasib baik dia ada dua spek, dan yg dia bg aku pakai ni, lebih kurang dgn spek aku jgk. Kalo pakai tu, kira jalan tak sepak tangga la.. Hahaha.. (gelak sambil bengang)..



Dah tak tau nk tulis ape dah.. Nanti ada yg terlintas di fikiran, aku update post ni.. Salam..





4 comments:

Sri A'jilah Mohd Samsir said...

cermin!!!ko sungguh bernilai..tanpamu aku teraba2...

Ida Shimizudani said...

Tau xpe.. Aku harap, dgn cermin sementara ni, aku dpt menatap wajah Sri esok.. Hehehe...

aDyLLa OmaR said...

saye fhm masalah org yg bermata 4 neh..hehe~

betol, jgn ckp nak beli baru nnti kene tulah..bnde tu majuk..(bese gk jadi) =P

Ida Shimizudani said...

Haha.. Betul tu Dyla.. Tp selalunya, kalo nk beli baju, xplan pun, tibe2 dah terbeli.. So sblm tu xde la yg nak merajuk awal2.. Haha..