CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 07, 2010

Aku di sini...




Bismillah...



Semalaman aku dalam train dr KL ke Klate, walaupun takde la memenatkan sangat sebab aku tido je sepanjang perjalanan tu, tapi agak melesukan tubuh badanku. Aku sampai agak awal dr biase, kul10 lebih kat bandar Pasir Mas. Then aku meneruskan perjalanan ke KB, dan seterusnya aku tiba di destinasi tepat jam 11.30 pg. Sarah, kawan aku yg blaja kat USM ni sedang ada klinikal kat wad, so aku kene la tunggu dia abis dulu. Aku lepak kat surau hospital, sementara tunggu Sarah datang amik aku.





Time tgh duk menunggu tu, fikiran aku menerawang. Mungkin kerana penat. Tapi, bila aku pandang bangunan hospital 8tingkat ni, aku teringat kisah setahun dulu. 9 Jan 2009, hari pertama aku menjejakkan kaki di HUSM ni, sebab insan yg aku amat2 sayangi terlantar di hospital ni. Dan hari ni, 7 Jan 2010, hampir genap setahun peristiwa tu berlalu. Kat surau ni jugalah aku menunggu time bonda masuk bilik bedah utk diuji sumsum tulangnya. Di surau ni, pertama kali aku menitiskan air mata semasa mengenangkan takdir yang menimpa bonda. Dan hari ni, air mata aku sekali lagi mengalir. Aku melupakan segala masalah aku, dan mengimbau kembali memori bersama bonda, agar air mata yg mengalir ni membawa erti. Bukan semata2 memikirkan masalah yang ntah pape.. Aku malas sgt nak fikir tentang semua tu, sebab tu lah aku sibukkan diri aku lately. Last week, g UKM jumpa Fina, this week kat USM jumpa Sarah, next week kat UPM , jumpa Peecho. Then, kene stat buat projek dah. Harap2 pale otak aku ni tak berkesempatan utk memikirkan perkara bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bende2 yg membebankan fikiran. Oh Tuhan, bantulah aku menghadapi semua ni. Aku amat lemah.




Saat ni, aku ada kat bilik Sarah (menumpang lagi...). Lepas lunch, sambil rehat dan hilangkan penat, aku tulis ni. Mood tak seberapa, tapi aku tak tau nak buat ape. Sarah sepatutnya ada kelas kul2.30, tapi dia tak g sebab malas+aku ada kat sini. Huhu... Aku takde kaitan dgn keengganan dia utk ke kelas. Maybe dia nak temankan aku. Tapi skg dia tido (mcm dia plak yg lg penat dr aku...).




Masa tgh menunggu kat surau td, aku sms Maksu aku kat Pasir Mas, gtau dia yg aku dah sampai kat USM ni. Semalam lagi aku dah gtau dia, yg aku sampai arini. Tapi tadi, aku tetibe je tergelak sorg2 bila Maksu gtau aku yg dia tak bgtau anak2 dia tentang kepulangan aku ni. Dia nak bg surprise kat anak2 dia.. Haha... (memang aku gelak sorg2 td..) Kemudian, aku terperasan ada beberapa pasang mata sedang memandang ke arahku, sebab diorg nampak aku gelak td. Adeih.. Malu gwa... Ah, lantak! Diorg tak kenal aku. Aku dapat bayangkan mcm mane budak2 tu akan melompat bila tahu aku balik... Huhu... Sebenarnya, aku dah janji dgn Maksu utk balik dlm bulan ni, then bawak anak2 dia g jalan2. So, skg aku hampir utk menunaikan janji tu. Tapi sebelum tu, aku ada tugas yg perlu diselesaikan. Nak kata tugas tu, tak jugak. Tapi macam tanggungjawab jgk la.




Aku balik ni, secara kebetulannya adalah utk menemani Sarah utk g jumpa bakal mentua dia esok. Sarah ni, kawan aku sejak form4 kat MRSM, and then sama matrik. Kitorg still rapat sampai skg, walaupun blaja kat tempat lain2, jauh plak tu.. Hehe... Sebenarnya, Sarah bercinta dgn sepupu aku. So, sepupu aku ni berhajat nak bawa Sarah jumpa mak dia, iaitu makcik aku. Tapi, sepanjang hidup aku, aku tak pernah pun jumpa sepupu yg sorang ni.. Huhu.. Esok, sepupu aku ni, nama dia Azhar, akan datang jemput aku and Sarah.



Sarah ajak aku kuar jalan-jalan jap lg.. So nak g bersiap.. Esok aku sambung lagi.. Bai2...




*_*






0 comments: