CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 14, 2010

Untitled # ntah bape +++....





Untuk awak yang sentiasa menanti update kat blog ni... =D




"Saya tak tau mcm mane nak mulakan. Saya pun tak pasti apa yang saya nak luahkan ni... Tapi saya dah janji dgn awak, nak tulis kat sini. Semalam lagi.. Tapi arini baru saya buat, sebab awak bgtau yg pagi td awak bukak blog ni, tp takde pape pun yg baru... Huhu.. Maaf sgt2.. Lately saya memang busy, dan sangat penat..



Sejak hampir 100 jam yang lalu, saya rasa amat bersalah dgn awak. Mungkin awak tak rasa, atau awak saje je buat2 tak perasan. Tapi saya tau, dan saya nampak awak lain sgt lepas saya bgtau awak psl tu.. Saya mintak maaf sangat2.. Mungkin apa yg saya katakan aritu terlalu berterus terang (walaupun bukan semuanya saya terangkan...), tapi percayalah, saya langsung takde niat nak guris perasaan awak (kalau la awak rasa terguris, saya mintak maaf sgt2...).



Saya cite kat awak tentang dia. Saya tau awak tak suka untuk ambil tahu.. Tapi saya cuma nak meluahkan, sebab awak satu2 nya insan yang ada untuk dengar cite saya.. Saya tak berniat apa2.. Cuma nak berkongsi.. Saya tau awak tak selesa (maybe....), tapi awak tak tunjukkan. Awak buat mcm biasa je.. Tapi awak, saya tau dan saya dpt agak apa yang awak rasa. Sebab, saya pun rasa bende yg sama...



Saya cuba buat andaian, tapi andaian yang saya buat ni adalah berasas. Bukan main2 je saya mengandai.... Saya cuba untuk tafsirkan dari cara awak, dan saya dapat memahami, tapi saya tak mampu nak buat apa2. Saya tak mampu nak bertanya, tak dapat nak meluahkan rasa..... Saya tahu, awak berlagak macam biasa bila saya cite tentang semalam. Tapi saya tak dapat agak apa persepsi awak terhadap saya. Saya takut awak fikir bukan2 tentang saya. Semua ni berlaku tiba2 je dalam hidup saya. Sebenarnya, saya bukan mcm ni.. Ini bukan saya... Tapi entah kenapa, sejak mengenali awak, semua ni terjadi dalam hidup saya....



Saya emel awak, tapi awak tak balas... Saya sedih (erm, sedih jgk la...). Huhu......



Saya nak sangat citekan semuanya pada awak. Tapi saya takut nanti bila awak dah tahu semua tu, awak dah tak nak kawan dengan saya. Saya rela untuk pendamkan segalanya, agar saya takkan kehilangan awak. Walaupun apa yang saya pendam ni, akan menyeksakan jiwa dan raga saya. Saya rela... (Ayat jambu siot!!)..



Saya tak tahu apa lagi nak tulis.. (^_^).... "







Huhu.. Tadi g jumpa supervisor utk tukar tajuk projek. Nasib baik dia tak banyak songeh and terus proceed dgn projek baru kami.. Jap lagi nak kene buat surat kat penyelaras untuk maklumkan sebab pertukaran tajuk. Petang nanti, nak kene bersiap untuk ke Kolej17, and also nak kene g beli tiket untuk balik cuti raya cina+mid sem... Tiket dah nak abis, kang kalo lambat tak balik beraya la aku and Picu.. Huhu.. Raya deepavali aku musti balik, inikan pulak raya cina... Mid sem plak tuh.. Tak berayo la den!!



Oh ya, sebelum aku terlupa, aku nak mention kat sini, ini adalah weekend ke4 aku dalam sem ni. Tapi weekend ni juga lah, weekend ke4 yang aku tak dapat nak stay kat kolej ni.. Huhu... 1st weekend, aku ada kat umah dia kat Kajang, 2nd weekend aku dgn Fina kat UK, 3rd weekend aku g USM untuk jumpa Sarah and then g umah makcik kat Pasir Mas.. And this weekend lak, aku dijemput ke Kolej 17, umah kawan lama+baik aku.. Kebetulan plak, rumet aku, Putri kene balik Taiping secara tibe2, sebab nak ikut family dia anta akak dia yang nak sambung blaja kat Penang. Huhu.. Next weeekend tak tau lagi.. Penat gile, 2minggu lagi dah stat ada test.. Especially untuk kelas VR, tp nota langsung takde lagi ni.. Huhu.. Masuk kelas pun asyik duk mengelamun jek.. Haih!! Pe nak jadi?? Superman pun tak sengal macam ni.. Dalam minggu ni jgk, nak kene siapkan system design utk projek.. Adeih.. Tak dapat den nak enjoy esok lusa ni.. Huhu... Online Registration System dgn WalkThrough.. WalkThrough tu plak, dgn 3D. Dahsyat! Bunyi cam gempak gile, dan semestinya expectation supervisor pada kami sangat tinggi, sebab kami buat berdua.. Huh!! Menitik peluh aku dalam bilik air cond nih...





Penat+pening... Got to sleep.... ZzZzZzZzZz....









Untitled # ntah bape...











Siyes busy lepas balik dr kelate... Takde masa nak update blog ni... Huhu..
Gambar atas tu, hiasan jek.. Hehe.. He's my cousin, gambar tu masa wedding abang dia kat Melaka..






Thursday, January 07, 2010

Aku di sini...




Bismillah...



Semalaman aku dalam train dr KL ke Klate, walaupun takde la memenatkan sangat sebab aku tido je sepanjang perjalanan tu, tapi agak melesukan tubuh badanku. Aku sampai agak awal dr biase, kul10 lebih kat bandar Pasir Mas. Then aku meneruskan perjalanan ke KB, dan seterusnya aku tiba di destinasi tepat jam 11.30 pg. Sarah, kawan aku yg blaja kat USM ni sedang ada klinikal kat wad, so aku kene la tunggu dia abis dulu. Aku lepak kat surau hospital, sementara tunggu Sarah datang amik aku.





Time tgh duk menunggu tu, fikiran aku menerawang. Mungkin kerana penat. Tapi, bila aku pandang bangunan hospital 8tingkat ni, aku teringat kisah setahun dulu. 9 Jan 2009, hari pertama aku menjejakkan kaki di HUSM ni, sebab insan yg aku amat2 sayangi terlantar di hospital ni. Dan hari ni, 7 Jan 2010, hampir genap setahun peristiwa tu berlalu. Kat surau ni jugalah aku menunggu time bonda masuk bilik bedah utk diuji sumsum tulangnya. Di surau ni, pertama kali aku menitiskan air mata semasa mengenangkan takdir yang menimpa bonda. Dan hari ni, air mata aku sekali lagi mengalir. Aku melupakan segala masalah aku, dan mengimbau kembali memori bersama bonda, agar air mata yg mengalir ni membawa erti. Bukan semata2 memikirkan masalah yang ntah pape.. Aku malas sgt nak fikir tentang semua tu, sebab tu lah aku sibukkan diri aku lately. Last week, g UKM jumpa Fina, this week kat USM jumpa Sarah, next week kat UPM , jumpa Peecho. Then, kene stat buat projek dah. Harap2 pale otak aku ni tak berkesempatan utk memikirkan perkara bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bende2 yg membebankan fikiran. Oh Tuhan, bantulah aku menghadapi semua ni. Aku amat lemah.




Saat ni, aku ada kat bilik Sarah (menumpang lagi...). Lepas lunch, sambil rehat dan hilangkan penat, aku tulis ni. Mood tak seberapa, tapi aku tak tau nak buat ape. Sarah sepatutnya ada kelas kul2.30, tapi dia tak g sebab malas+aku ada kat sini. Huhu... Aku takde kaitan dgn keengganan dia utk ke kelas. Maybe dia nak temankan aku. Tapi skg dia tido (mcm dia plak yg lg penat dr aku...).




Masa tgh menunggu kat surau td, aku sms Maksu aku kat Pasir Mas, gtau dia yg aku dah sampai kat USM ni. Semalam lagi aku dah gtau dia, yg aku sampai arini. Tapi tadi, aku tetibe je tergelak sorg2 bila Maksu gtau aku yg dia tak bgtau anak2 dia tentang kepulangan aku ni. Dia nak bg surprise kat anak2 dia.. Haha... (memang aku gelak sorg2 td..) Kemudian, aku terperasan ada beberapa pasang mata sedang memandang ke arahku, sebab diorg nampak aku gelak td. Adeih.. Malu gwa... Ah, lantak! Diorg tak kenal aku. Aku dapat bayangkan mcm mane budak2 tu akan melompat bila tahu aku balik... Huhu... Sebenarnya, aku dah janji dgn Maksu utk balik dlm bulan ni, then bawak anak2 dia g jalan2. So, skg aku hampir utk menunaikan janji tu. Tapi sebelum tu, aku ada tugas yg perlu diselesaikan. Nak kata tugas tu, tak jugak. Tapi macam tanggungjawab jgk la.




Aku balik ni, secara kebetulannya adalah utk menemani Sarah utk g jumpa bakal mentua dia esok. Sarah ni, kawan aku sejak form4 kat MRSM, and then sama matrik. Kitorg still rapat sampai skg, walaupun blaja kat tempat lain2, jauh plak tu.. Hehe... Sebenarnya, Sarah bercinta dgn sepupu aku. So, sepupu aku ni berhajat nak bawa Sarah jumpa mak dia, iaitu makcik aku. Tapi, sepanjang hidup aku, aku tak pernah pun jumpa sepupu yg sorang ni.. Huhu.. Esok, sepupu aku ni, nama dia Azhar, akan datang jemput aku and Sarah.



Sarah ajak aku kuar jalan-jalan jap lg.. So nak g bersiap.. Esok aku sambung lagi.. Bai2...




*_*






Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru... + Cermin oh cermin!!



Arini, 01 01 10.. Dah masuk tahun baru.. Bertambah usiaku. Huh! Makin tua da babe..



Aku di sini.. di UKM. Bukan di sana (UPM). Rumet aku masih bercuti kat Taiping, so aku bersendirian di bilik. Then aku decide la utk lepak kat sini, kebetulan aku memang ada keje nak buat kat sini. Huhu... So terisi jugak la weekend aku. Bukan tu je, aku dapat jgk jumpa kawan lama aku masa sama2 blaja kat matrik dulu. Lama gile tak jumpa. Skg masing2 dah final year....



Tahun baru aku, bermula dgn sgt hampeh. Serius! Nak je aku hantuk kepale mereka tu. Bg diorg tahu yang aku sangat bengang dgn apa yg mereka lakukan. Mereka ingat aku ni sape? Senang2 je mereka nak memperkotak-katikkan aku. Sampai sungguh hati mereka. (Bak kata Sri, 'kwn lama aku tu', Sri taknak Kakda jadi kotak...) Aku pun taknak semuanya jadi mcm ni. Tapi apakan daya, kita tak berkuasa nak mengawal segalanya. Hati dan perasaan manusia, apa yg mereka rasa, apa yg mereka fikir dan apa yg mereka nak buat, bukan kehendak kita. Jauh sekali untuk kita mengawal atau menjangkakannya.



Arini aku sedih sangat. Sedih dan terluka dgn apa yg terjadi. Benar2 sedih. Dan aku tak tahu kenapa semuanya harus jadi cmni.. Memang bukan kupinta. Tp kenapa? Kenapa mereka terlalu cepat melatah dgn situasi. Aku hanya mangsa keadaan. Aku langsung takde niat nak merosakkan segalanya. Aku tak sangka bende ni akan jadi mcm ni.... Oh Tuhan, ape dosa aku pada mereka, sampaikan begini sekali habuan mereka untuk aku. Mereka dah lenyapkan kewujudan aku dr hidup mereka (Mereka dah block fb aku......). Apa motifnya?? Kenapa? Besar sgt ke apa yg aku dah buat? Kenapa mereka tak selidik dulu apa sebenarnya yang berlaku sebelum menghukum sesiapa. Sebelum menghukum aku.... Aku hanya mangsa keadaan. Seriously, aku terperangkap... Begitu bodoh sekali insan yang memulakan semua ni. Bodoh!!!




Selepas menulis sedikit beberapa perenggan di atas, aku berhenti rehat seketika. Aku g mandi jap.... Dan berlaku lah suatu kejadian yg amat tragis. Setelah aku selesai mandi, tibe2 barang aku yg paling berharga terjatuh dlm bilik air tu... Cermin mata aku!!!!! (Please jgn tanya nape smpai ke bilik air aku memakai cermin mata. Jangan tanya, sebab aku akan bgtau...) Aku skg ni kat tempat orang. Kang kalo aku tak pakai, kurang nampak, ntah bilik ape yang aku masuk tak tau la.. Huhu... Terkezuttt gile akuh time bnde alah tu jatuh.. Gile kejap aku dibuatnya.. Nasib baik aku dah betul2 siap mandi. Aku berlari masuk bilik, meraung-raung manja dkt Fina... Nape jadi mcm ni??? Adeih.... Mata aku memang rosak teruk, so kalo tak pakai, kompem xleh nak jalan jauh2.. Sedih sgt ni beb.. Huhuhuhuhuhu... (nangis jap..)




Dalam sehari dua lepas, aku ada jugak terfikir nak tukar spek baru.. Sebab spek ni dah lama sgt aku pakai (sejak dr matrik lg..). Spek ni dah lama jadi mata no2 aku. Dah byk jasa dia pada aku.. Bila aku pasang niat nak tukar spek baru, dia kecik ati kot.. Sebab tu la dia jatuh and pecah.




Cermin ni kan, dr pengalaman orang terdekat aku la, dia mcm ada sense. (Maaf kalo aku agak mengarut di sini... Aku berhak sbb ni blog aku..) Dengan kata lain, dia mcm ada perasaan. Huh! Ridiculous. Tapi memang terjadi. Rumet aku pernah mengalaminya. Dulu dia ada cermin yg agak besar saiz dia (takde la sampai leh nampak kaki dia kalo dia berdiri..). Tapi bila dia beli cermin baru, dua ari lepas tu, cermin yg dah lama berjasa pd dia tu jatuh dan pecah. Cermin tu jatuh dan pecah dengan akulah sbg saksinya (aku cuma saksi, bukan penyebab, ok). Bende yg sama berlaku kat sorang lg kawan aku. Dan berlaku jugak pada aku! Hukhuk!! (Sedih, sebab esok kene kuarkan duit utk buat spek baru). Di suatu sudut yg lain, padan dgn muka aku! Memandai sgt pasang niat nak buat lain, kan dah kene buat betul.. Ambik kau!




Saat ni, aku pakai spek Fina. Nasib baik dia ada dua spek, dan yg dia bg aku pakai ni, lebih kurang dgn spek aku jgk. Kalo pakai tu, kira jalan tak sepak tangga la.. Hahaha.. (gelak sambil bengang)..



Dah tak tau nk tulis ape dah.. Nanti ada yg terlintas di fikiran, aku update post ni.. Salam..