CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 10, 2009

Tak sabar nak balik!!!!





Gambar hiasan.. Orang dlm gambar tu bukan aku dan takde kaitan pun dengan aku...




Hidup ni memang buat kita bengang dan agak sengal bila kita dah terbuat sesuatu yang kita sendiri tak sempat nak fikir baik buruk bende tu. Aku nak cite tentang aku la ni.... Aku langsung tak terfikir akibat apa yang aku lakukan ni. Aku tak fikir samada aku patut atau tidak buat mcm tu. Tapi yang pasti aku dah buat bende tu dan dah takleh nak patah balik. I did it!!! Cam sengal+bodoh je diri ni aku rasakan saat ni. Ntah la.. Aku pun tak brape pasti sebab musabab aku buat bnde ni... Dan sekarang ni aku terperangkap dalam situasi ni. Kalau lah si dia tau aku buat cmni, parah aku... Aku bukan ape, dah lama aku pendam perasaan ni. Aku tak tahu mcm mane nak lari dari situasi ni, sebab aku tak leh nak hentikan semua ni suddenly.. Kalau aku buat cmtu, aku akan terpukul dengan rasa bersalah yang amat sangat. Skg ni pun, aku rasa bersalah kat orang tu... Aku langsung takde niat nak kacau hidup dia... Aku betul2 tak sengaja memulakan situasi yang agak kontroversi ni. Serius aku langsung takde niat.. Maafkan aku..




Aku dah lama pendam perasaan ni. Curious. Ingin tahu... Bukan aku takde sumber utk bertanya. Ada... Tapi aku segan. Bagi dia mungkin aku tak patut bertanya, tapi bagi aku, aku berhak utk tahu. Aku juga tak pasti jika aku bertanya pada dia, jawapan yang akan dia berikan tu jujur atau tidak. Aku tahu dan amat yakin, aku susah utk menerima apa sekalipun jawapan dia. Sebab tu lah bila dia tunjuk yang dia mcm tak bape nak jawab soalan aku berkaitan dengan orang tu, aku dah malas nak tanya. Dah malas nak bangkitkan soal tu. Tapi aku betul2 nak tahu. Serius. Sebab aku sayangkan dia.



Disebabkan rasa sayang tu, skg ni aku dah terperangkap dalam satu situasi. Ntah ape2. Rasa nak je aku menjerit. Jerit kuat2 bagi lepas rasa bengang ni.



Orang tu lak, dah salah anggap dengan aku. Dia anggap aku ni orang tu plak... Adeih.. Naik pening pale otak aku nak lalui bnde ni... Tapi aku takleh nak stop cmtu je, sbb aku yang mulakan, dan aku juga yang mencetuskan situasi palsu ni. Apsal la aku bangang sangat arini... Aku supposed to study, paper exam ada 3 lagi ni.... Tapi aku dah buat bnde bodoh ni... Adeih!! Sengalnye pale aku ni... Tak guna betul la arini... Rasa mcm nak tido balik mcm malam tadi and bangun dengan penuh tenang. Tapi ni dah petang, dah terlambat, dan aku memang tak mampu nak undurkan masa...




Tak pasal2 plak aku dah terpaksa jadi someone yang sememangnya bukan aku... Bengong sangat skg ni nak fikir. Rasa bersalah pada orang tu takyah cite r... Memang sangat2.. Aku nak je mintak maaf dgn dia, tapi patut ke aku akui kesalahan aku, dan kalau aku mengaku, kompem2 dia akan tanya siapa aku dan kenapa aku buat mcm ni..... Ape aku nak jawab? Nak berterus terang, gtau sape aku dan kaitan aku dengan dia, nak mampus ke ape?? Carik nahas, carik masalah... Elok2 aku tgh bahagia skg ni, kang timbul lak masalah lain... Aku taknak dia fikir yang bukan2 tentang aku... Cukup sekadar dia tahu yang aku sayangkan dia, dan aku memang betul2 ikhlas sayangkan dia... Aku nak dia tahu yang aku tulus dan jujur, takde la nak buat bnde2 lain mcm yang aku tgh ter'buat' skg ni... Ntah la.. Rasa serba salah sgt skg ni... Langsung spoil mood aku nak study... Huh!!!!!




Pada orang tu lak, aku mintak maaf sgt2... Aku tak sengaja buat semua ni... Aku takde niat nak kacau hidup anda.. Aku tahu anda tak bersalah dalam hal ni... Aku betul2 silap langkah, sebab dah mulakan suatu percaturan yang langsung takde pekdah... Nak je aku baling henset aku tu, tapi sayang beb, skg tgh tak brape kaya nak cari henset lain...




Pe lagi nak tulis ni... Still full of feeling bengang+sengal... Patut ke aku ketuk pale aku ni... Bagi ok sikit... Patut ke?




Really tak sabar nak balik... Nak balik!!!!!!!!!!! Balik umah~~ hukhuk (*-*)









0 comments: