CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 03, 2009

Purest of Pain



Beberapa hari yang lepas, hidup aku sangatlah tidak aman dan langsung tidak tenteram. Bukan kerana gangguan kebisingan daripada jiran2 sebelah, bukan juga kerana gangguan daripada pihak2 yang tidak diingini dan tidak dikenali. Sebenarnya, dua tiga hari lepas, aku sakit gigi. Gigi geraham plak tuh. Huh!! Memang menyeksakan. Nak tidur malam punya la susah. Pertama kali dia buat hal, masa aku tengah jawab exam Penerbitan Digital Khamis lepas. Siot! Memang aku xleh nak fokus masa jawab exam tu. Hampeh sangat. Aku jawab ala kadar je la. Pas exam tu ingat nk g PK, nak jumpa dentist, tp xsempat lak sebab Bahagian Pergigian tu tutup awal. Hampeh. Then, terpaksa la aku tahan sakit dengan hanya memakan panadol.



Ari Jumaat lak, aku xbrape rajin nak g PK, sebab esoknya ada exam Audio. Pastu, bila dah weekend, sakit tu datang balik n langsung xleh nak buat pape dah. Asyik makan ubat je. Sampai la ari Ahad, memang dah xtahan sangat sakit tu, dalam sehari aku makan banyak gile ubat. Rumet aku xde, balik Taiping. Dia banyak stok ubat, so aku selongkar ubat2 dia, and yang ada cuma panadol je. Hari Ahad tu, aku makan 6 biji panadol, 5 biji panadol joint and muscle (terpaksa makan sebab dah kehabisan panadol biasa), dan last sekali aku makan sebiji neurobion. Neurobion ni adalah ubat saraf. Aku xtau apa kejadahnya kegunaan ubat ni. Aku search kat google, tapi xdpt memahami dengan baik sebab masa tu tengah sakit. So aku makan je ubat tu. Kandungan analgesik dan antipiretik dadah sangat tinggi dalam darah aku malam tu....Huhu.... Tapi sakit memang tetap sakit. Malam tu aku langsung xleh nak tido. Sampai la pkul4 pagi, aku bangun untuk melegakan keresahan sistem dalaman badan aku yang dah xbrape stabil sebab aku dah makan banyak sangat ubat. Aku m****h. Tapi xkuar pape pun selain asid hidroklorik dari dalam perut aku, sebab aku langsung xmakan pape sepanjang hari tu. Then, aku paksa mata aku untuk lelap dan tunggu sampai awal pagi keesokannya.




Kul8 pagi tu, aku dah bersiap2 untuk jumpa dentist. Aku bertekad untuk buat extraction. Pegi mampus wahai gigi yang mengganggu hidup aku ni. Aku g PK awal sangat, so xramai sangat la patient yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Aku masuk jumpa Dr Kamarul lepas 5minit menunggu. Dia suntik ubat bius, then 15minit kemudian, bermula lah suatu tragedi di mana gigi aku tu dikerjakan secukupnya oleh Dr Kamarul. Susah gile dia nak cabut gigi aku ni. Naik lenguh kepala aku kene pegang dengan nurse tu. Rahang aku xyah cakap r, sakit sebab kene nganga luas2... Haha... Dekat 10 minit jugak rasanya, barulah gigi tu tercabut. Lepas Dr Kamarul dah berjaya mencabut gigi tu, semua yang ada kat dalam bilik tu melepaskan nafas lega, termasuk aku!! Huh!! Lega sangat masa tu... Bila Dr dah bersihkan mulut aku, dia letak kapas kat tempat yang baru kene cabut tu, aku disuruh berehat sekejap kat dalam bilik tu. Dr Kamarul menghilang, dia keluar dari bilik tu. Nurse tu cakap, Dr selalu macam tu. Bila dia dah kerjakan gigi patient dia teruk2 macam yang dia dah buat kat aku tu, dia maybe rasa bersalah or sangat kesian dengan patient dia dan tak sanggup nak tengok lepas tu. Padahal aku bukannya rasa sakit pun masa dia kerjakan gigi aku tuh. Langsung x. Cuma gerun sikit la, sebab dia duk tekan2, then cungkil nak bagi akar gigi tu naik. Huhu.... Pastu, sehinggalah aku dibenarkan keluar dari bilik Dr Kamarul tu, still dia masih tak masuk2 ke dalam bilik tu. Tak sempat aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat dia sebab dah bersusah payah menyelesaikan masalah aku. Huhu... Terima kasih Dr. Jasamu dikenang.



Sebenarnya, ni bukan pertama kali aku jumpa dengan Dr Kamarul tu. Dah banyak kali, masa sem1 dan sem2. Skg dah sem5, so memang dah lama la aku xg jumpa dia. Huhu.. Dia baik sangat, soft spoken. Peramah, dan senang dibawa berbincang. Dulu aku pernah buat filling dan extraction, tapi extraction masa tu xde la seteruk dan sesusah kali ni. Huhu.... Alhamdulillah, semuanya dah selesai.


Lepas balik bilik, aku terus tidur. Bila rasa sakit, aku makan ubat. Tapi lepas makan 3 biji ubat, masih rasa sakit. Then bila aku tengok balik, rupa2nya dalam lubang gigi yang baru dibuang tu, ada darah beku. Tu yang menyebabkan aku rasa sakit kot. Aku pun dengan beraninya, cuba sedaya upaya mengeluarkan darah2 beku tersebut. Agak sakit, tapi aku tahan. Then bila semua darah beku tu dikeluarkan, baru aku rasa lega. Huh!!







(Maaf gambar kurang jelas sebab kamera henset baru aku agak hampeh.....resolusi 3.2 Megapiksel)


Ni la gigi geraham yang dicabut semalam tuh. Elok2 je, xde masalah pape pun. Tapi Dr cakap, bila gigi kurang kalsium yang amat sangat, akar dia akan jadi tidak sihat. So sebab tu lah gigi tu sakit. Kedudukan gigi ni adalah yang ketiga dari hujung, sebelah kiri.




5 comments:

aDyLLa OmaR said...

adeiii...
dlm byk2 mnde, cabot gg la org paling takot..huhu...
kalo bole, avoid jumpe dentist selagi bley thn..
tapi kalo da sakit sgt cabot jela jwbnye~

Ida Shimizudani said...

Tau xpe... Sakit gigi la yg paling menyeksakan... Huhu... Org suka cabut gigi, kalau sakit la.. Cabut better dari tahan sakit...

piko said...

perg!!
giler ar,gg geraham
cuak2.
kalo leh x nak sakit gg gak

Ida Shimizudani said...

Jaga la gigi elok2... Haha... Tu pun dah abis baik dijaga, tapi umur dia xpanjang untuk berkhidmat lebih lama...

princess said...

huhu,ngeri.............
paling takut klu kene sakit gigi,