CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 10, 2009

Tak sabar nak balik!!!!





Gambar hiasan.. Orang dlm gambar tu bukan aku dan takde kaitan pun dengan aku...




Hidup ni memang buat kita bengang dan agak sengal bila kita dah terbuat sesuatu yang kita sendiri tak sempat nak fikir baik buruk bende tu. Aku nak cite tentang aku la ni.... Aku langsung tak terfikir akibat apa yang aku lakukan ni. Aku tak fikir samada aku patut atau tidak buat mcm tu. Tapi yang pasti aku dah buat bende tu dan dah takleh nak patah balik. I did it!!! Cam sengal+bodoh je diri ni aku rasakan saat ni. Ntah la.. Aku pun tak brape pasti sebab musabab aku buat bnde ni... Dan sekarang ni aku terperangkap dalam situasi ni. Kalau lah si dia tau aku buat cmni, parah aku... Aku bukan ape, dah lama aku pendam perasaan ni. Aku tak tahu mcm mane nak lari dari situasi ni, sebab aku tak leh nak hentikan semua ni suddenly.. Kalau aku buat cmtu, aku akan terpukul dengan rasa bersalah yang amat sangat. Skg ni pun, aku rasa bersalah kat orang tu... Aku langsung takde niat nak kacau hidup dia... Aku betul2 tak sengaja memulakan situasi yang agak kontroversi ni. Serius aku langsung takde niat.. Maafkan aku..




Aku dah lama pendam perasaan ni. Curious. Ingin tahu... Bukan aku takde sumber utk bertanya. Ada... Tapi aku segan. Bagi dia mungkin aku tak patut bertanya, tapi bagi aku, aku berhak utk tahu. Aku juga tak pasti jika aku bertanya pada dia, jawapan yang akan dia berikan tu jujur atau tidak. Aku tahu dan amat yakin, aku susah utk menerima apa sekalipun jawapan dia. Sebab tu lah bila dia tunjuk yang dia mcm tak bape nak jawab soalan aku berkaitan dengan orang tu, aku dah malas nak tanya. Dah malas nak bangkitkan soal tu. Tapi aku betul2 nak tahu. Serius. Sebab aku sayangkan dia.



Disebabkan rasa sayang tu, skg ni aku dah terperangkap dalam satu situasi. Ntah ape2. Rasa nak je aku menjerit. Jerit kuat2 bagi lepas rasa bengang ni.



Orang tu lak, dah salah anggap dengan aku. Dia anggap aku ni orang tu plak... Adeih.. Naik pening pale otak aku nak lalui bnde ni... Tapi aku takleh nak stop cmtu je, sbb aku yang mulakan, dan aku juga yang mencetuskan situasi palsu ni. Apsal la aku bangang sangat arini... Aku supposed to study, paper exam ada 3 lagi ni.... Tapi aku dah buat bnde bodoh ni... Adeih!! Sengalnye pale aku ni... Tak guna betul la arini... Rasa mcm nak tido balik mcm malam tadi and bangun dengan penuh tenang. Tapi ni dah petang, dah terlambat, dan aku memang tak mampu nak undurkan masa...




Tak pasal2 plak aku dah terpaksa jadi someone yang sememangnya bukan aku... Bengong sangat skg ni nak fikir. Rasa bersalah pada orang tu takyah cite r... Memang sangat2.. Aku nak je mintak maaf dgn dia, tapi patut ke aku akui kesalahan aku, dan kalau aku mengaku, kompem2 dia akan tanya siapa aku dan kenapa aku buat mcm ni..... Ape aku nak jawab? Nak berterus terang, gtau sape aku dan kaitan aku dengan dia, nak mampus ke ape?? Carik nahas, carik masalah... Elok2 aku tgh bahagia skg ni, kang timbul lak masalah lain... Aku taknak dia fikir yang bukan2 tentang aku... Cukup sekadar dia tahu yang aku sayangkan dia, dan aku memang betul2 ikhlas sayangkan dia... Aku nak dia tahu yang aku tulus dan jujur, takde la nak buat bnde2 lain mcm yang aku tgh ter'buat' skg ni... Ntah la.. Rasa serba salah sgt skg ni... Langsung spoil mood aku nak study... Huh!!!!!




Pada orang tu lak, aku mintak maaf sgt2... Aku tak sengaja buat semua ni... Aku takde niat nak kacau hidup anda.. Aku tahu anda tak bersalah dalam hal ni... Aku betul2 silap langkah, sebab dah mulakan suatu percaturan yang langsung takde pekdah... Nak je aku baling henset aku tu, tapi sayang beb, skg tgh tak brape kaya nak cari henset lain...




Pe lagi nak tulis ni... Still full of feeling bengang+sengal... Patut ke aku ketuk pale aku ni... Bagi ok sikit... Patut ke?




Really tak sabar nak balik... Nak balik!!!!!!!!!!! Balik umah~~ hukhuk (*-*)









Friday, November 06, 2009

Lagi sengal!!






Entri kali ni takde kaitan dengan aku.
Tapi aku sangat suka video yang aku embed kat entri ni.. Huhu...
Sangat suka.. Korang tengok la sendiri...










Video ni telah dihasilkan oleh Mohd Safwan dan Mohd Sharafuddin, budak kelas aku... Huhu..
Sengal kan?
First time aku tgk video ni masa diorang present dalam kelas audio aritu, memang semua orang tergelak. Gelak sampai sakit2 badan... Haha...
Mane la dia dpt idea untuk buat hasil yang sebegini kreatif... Huhu...
Tahniah buat Safwan n Din... Korang memang otai..
Terutama Safwan!! Haha..








Sengal!!



He screwed me up... Rase mcm nak sekeh2 je pale dia tuh... Sengal!!









"Hysteria"

it's bugging me, grating me
and twisting me around
yeah I'm endlessly caving in
and turning inside out

'cause I want it now
I want it now
give me your heart and your soul
and I'm breaking out
I'm breaking out
last chance to lose control

yeah it's holding me, morphing me
and forcing me to strive
to be endlessly cold within
and dreaming I'm alive

'cause I want it now
I want it now
give me your heart and your soul
I'm not breaking down
I'm breaking out
last chance to lose control

and I want you now
I want you now
I feel my heart implode
and I'm breaking out
escaping now
feeling my faith erode



Thursday, November 05, 2009

Seribu kali sayang....












Setelah dia dah membuatkan aku kecil hati, sakit hati, makan hati, dan yang sewaktu dengannya lagi, dia dengan slumber nye, tanpa rasa bersalah walau sedikit pun, meneruskan hari-hari yang mendatang ni dengan biasa, dan seperti biasa. Huh!! Aku betul-betul bahagia, dapat memiliki hatinya yang susah sangat untuk difahami. Biarlah apa pun yang terjadi, aku tetap menyayanginya selagi cinta itu ada di hati kami. Dia buat aku bahagia, sampaikan aku lupa yang dia juga pernah buat aku kecewa. Ah, lantaklah! Yang dah lepas tu, biar je la. Lagipun, kalau aku merajuk dengan dia sekalipun, aku merajuk sorang2 je. Dia buat tak tau, buat tak reti. Last2, aku yang akan cool dengan sendiri. Bukan dia tak caring, tapi dia memang mcm tu. Aku faham. I love you, sayang!!





Tuesday, November 03, 2009

Purest of Pain



Beberapa hari yang lepas, hidup aku sangatlah tidak aman dan langsung tidak tenteram. Bukan kerana gangguan kebisingan daripada jiran2 sebelah, bukan juga kerana gangguan daripada pihak2 yang tidak diingini dan tidak dikenali. Sebenarnya, dua tiga hari lepas, aku sakit gigi. Gigi geraham plak tuh. Huh!! Memang menyeksakan. Nak tidur malam punya la susah. Pertama kali dia buat hal, masa aku tengah jawab exam Penerbitan Digital Khamis lepas. Siot! Memang aku xleh nak fokus masa jawab exam tu. Hampeh sangat. Aku jawab ala kadar je la. Pas exam tu ingat nk g PK, nak jumpa dentist, tp xsempat lak sebab Bahagian Pergigian tu tutup awal. Hampeh. Then, terpaksa la aku tahan sakit dengan hanya memakan panadol.



Ari Jumaat lak, aku xbrape rajin nak g PK, sebab esoknya ada exam Audio. Pastu, bila dah weekend, sakit tu datang balik n langsung xleh nak buat pape dah. Asyik makan ubat je. Sampai la ari Ahad, memang dah xtahan sangat sakit tu, dalam sehari aku makan banyak gile ubat. Rumet aku xde, balik Taiping. Dia banyak stok ubat, so aku selongkar ubat2 dia, and yang ada cuma panadol je. Hari Ahad tu, aku makan 6 biji panadol, 5 biji panadol joint and muscle (terpaksa makan sebab dah kehabisan panadol biasa), dan last sekali aku makan sebiji neurobion. Neurobion ni adalah ubat saraf. Aku xtau apa kejadahnya kegunaan ubat ni. Aku search kat google, tapi xdpt memahami dengan baik sebab masa tu tengah sakit. So aku makan je ubat tu. Kandungan analgesik dan antipiretik dadah sangat tinggi dalam darah aku malam tu....Huhu.... Tapi sakit memang tetap sakit. Malam tu aku langsung xleh nak tido. Sampai la pkul4 pagi, aku bangun untuk melegakan keresahan sistem dalaman badan aku yang dah xbrape stabil sebab aku dah makan banyak sangat ubat. Aku m****h. Tapi xkuar pape pun selain asid hidroklorik dari dalam perut aku, sebab aku langsung xmakan pape sepanjang hari tu. Then, aku paksa mata aku untuk lelap dan tunggu sampai awal pagi keesokannya.




Kul8 pagi tu, aku dah bersiap2 untuk jumpa dentist. Aku bertekad untuk buat extraction. Pegi mampus wahai gigi yang mengganggu hidup aku ni. Aku g PK awal sangat, so xramai sangat la patient yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Aku masuk jumpa Dr Kamarul lepas 5minit menunggu. Dia suntik ubat bius, then 15minit kemudian, bermula lah suatu tragedi di mana gigi aku tu dikerjakan secukupnya oleh Dr Kamarul. Susah gile dia nak cabut gigi aku ni. Naik lenguh kepala aku kene pegang dengan nurse tu. Rahang aku xyah cakap r, sakit sebab kene nganga luas2... Haha... Dekat 10 minit jugak rasanya, barulah gigi tu tercabut. Lepas Dr Kamarul dah berjaya mencabut gigi tu, semua yang ada kat dalam bilik tu melepaskan nafas lega, termasuk aku!! Huh!! Lega sangat masa tu... Bila Dr dah bersihkan mulut aku, dia letak kapas kat tempat yang baru kene cabut tu, aku disuruh berehat sekejap kat dalam bilik tu. Dr Kamarul menghilang, dia keluar dari bilik tu. Nurse tu cakap, Dr selalu macam tu. Bila dia dah kerjakan gigi patient dia teruk2 macam yang dia dah buat kat aku tu, dia maybe rasa bersalah or sangat kesian dengan patient dia dan tak sanggup nak tengok lepas tu. Padahal aku bukannya rasa sakit pun masa dia kerjakan gigi aku tuh. Langsung x. Cuma gerun sikit la, sebab dia duk tekan2, then cungkil nak bagi akar gigi tu naik. Huhu.... Pastu, sehinggalah aku dibenarkan keluar dari bilik Dr Kamarul tu, still dia masih tak masuk2 ke dalam bilik tu. Tak sempat aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat dia sebab dah bersusah payah menyelesaikan masalah aku. Huhu... Terima kasih Dr. Jasamu dikenang.



Sebenarnya, ni bukan pertama kali aku jumpa dengan Dr Kamarul tu. Dah banyak kali, masa sem1 dan sem2. Skg dah sem5, so memang dah lama la aku xg jumpa dia. Huhu.. Dia baik sangat, soft spoken. Peramah, dan senang dibawa berbincang. Dulu aku pernah buat filling dan extraction, tapi extraction masa tu xde la seteruk dan sesusah kali ni. Huhu.... Alhamdulillah, semuanya dah selesai.


Lepas balik bilik, aku terus tidur. Bila rasa sakit, aku makan ubat. Tapi lepas makan 3 biji ubat, masih rasa sakit. Then bila aku tengok balik, rupa2nya dalam lubang gigi yang baru dibuang tu, ada darah beku. Tu yang menyebabkan aku rasa sakit kot. Aku pun dengan beraninya, cuba sedaya upaya mengeluarkan darah2 beku tersebut. Agak sakit, tapi aku tahan. Then bila semua darah beku tu dikeluarkan, baru aku rasa lega. Huh!!







(Maaf gambar kurang jelas sebab kamera henset baru aku agak hampeh.....resolusi 3.2 Megapiksel)


Ni la gigi geraham yang dicabut semalam tuh. Elok2 je, xde masalah pape pun. Tapi Dr cakap, bila gigi kurang kalsium yang amat sangat, akar dia akan jadi tidak sihat. So sebab tu lah gigi tu sakit. Kedudukan gigi ni adalah yang ketiga dari hujung, sebelah kiri.