CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 26, 2009

Sepi









Aku tak tahu apa dan bagaimana utk aku mulakan. Aku tidak pasti mengapa semua ni berlaku, dan hampir tidak pasti, apa yang sedang berlaku skg ni. Aku bingung. Amat bingung. Buntu. Keliru. Haru. Biru. Aku la tu.......



Ya Allah, bantulah aku. Kembalikan diri aku yg dulu. Aku mohon padaMu. Kau yg berkuasa melakukannya, kerana takdir itu ada padaMu, Ya Allah. Aku sudah tak berdaya lagi menanggung semua ni. Aku amat terseksa. Bukan terseksa kerana beratnya ujianMu, tetapi terseksa kerana aku sememangnya tak mampu untuk menjadi diri aku dalam mengharungi liku dan ranjau ni. Aku hampir kehilangan diri dan jiwaku. Serius. Aku sudah semacam tidak mengenali diri aku. Bukan kerana aku terlalu byk tgk cerita2 pelik kat tv dan astro. Bukan juga kerana aku ni hampir hilang ingatan sebab short term memory aku dah penuh dek assignment dan projek yg baru je selesai dilaksanakan minggu lepas. Bukan. Aku yakin bukan sebab tu.



Lately, banyak sangat perkara yang terjadi dlm hidup aku. Agak banyak jgk la. Tapi, aku tak boleh nak menyenaraikan semua tu. Semuanya terlalu sulit. Tidak sesekali. Ya. Tidak. Tapi yg pasti, semua yang terjadi adalah di luar dugaan dan keinginan. Mungkin sebahagiannya adalah berlandaskan keinginan, tapi keinginan itu sebenarnya di luar kemampuan aku. Aku tak berdaya nak melawan keinginan tersebut. Aku terlalu lemah. Dan aku dilemahkan lagi oleh keadaan. Keadaan yang kadang2 memberi peluang untuk aku melayani keinginan tersebut. Aku tahu semua tu tak perlu. Aku juga tahu belum tiba lagi masanya untuk semua tu. Ya, aku amat tahu. Siapa yang dpt melawan takdir. Takdir yang menjadikan semuanya begini. Tapi aku tak boleh nak menyalahkan takdir. Habis tu, nak salahkan siapa? Diri aku? Aku dah bgtau tadi, aku memang tak berdaya nak melawan semua ni. Aku sangat tak berdaya, sehinggakan aku hanya membiarkan semuanya berlaku, tanpa melakukan apa2. Salah aku ke? Kalau difikirkan, memang aku yang patut dipersalahkan, tapi tidak adil bagi aku kiranya aku je yang disabitkan dengan kesalahan ni. Dia pun salah jugak. Bukan aku suka2, saje2 nak menyalahkan sesiapa. Aku tak berhak. Tapi ntah la. Dah naik bengong kepale hotak aku ni nak fikir pasal semua ni. Serius aku bengong fikir pasal ni.



Bila semua ni terjadi, tiada jalan lain yang boleh aku lakukan selain daripada kembali padaNya. Bukan maksud aku nak kembali padaNya dengan membunuh diri dan mengorbankan jiwa ini. Oh, tidak sesekali. Nauzubillah.
Aku bermunajat. Bermuhasabah. Memikirkan semua yang telah berlaku, walaupun aku sememangnya gagal untuk mencari punca mengapa semua ni berlaku. Tapi yang pasti, bila aku mengembalikan hatiku padaNya, aku tahu apa yang harus aku lakukan selepas ini. Aku amat2 berharap agar segalanya tak akan berulang lagi. Tidak sesekali. Aku cuba untuk bertekad, dan berharap agar apa yang aku luahkan ini bukan sekadar untuk menyedapkan hati yang sedang gundah gulana ni. Bukan.



Aku tatap kitab suci dan mengucupnya bila selesai mencari. Terasa ketenangan di hati. Walaupun cuma buat ketika itu, dan aku kembali menyelarukan fikiran aku sendiri semasa menulis entri ini, tapi aku harap lepas ni, apa yang berlaku dan apa yang bakal aku lakukan adalah yang lebih baik dari sebelum2 ini. InsyaAllah. Terima kasih Allah. :-)



Kalau nak diikutkan perasaan, nak je aku luahkan semua ni pada seseorang. Seseorang yang dekat dengan aku. Rumet aku. Sebab aku sangat tak berdaya nak hadapi semua ni. Aku dah tak berdaya sangat nak tanggung semua ni sendirian.



Tapi aku tak boleh. Tak boleh nak luahkan. Terlalu rumit untuk aku ceritakan. Jangan tanya aku kenapa. Apa yang berlaku ni sememangnya di luar dugaan. Kalau lah aku luahkan pada sesiapa pun, aku tahu orang tu susah untuk terima apa yang ingin aku perkatakan ni. Amat susah aku rasa. Ya. Susah sangat.



Kalau diikutkan hati, nak je aku lari dari sini. Tapi nak lari gi mane? Mane lagi tempat yang aku leh pegi. Kalau aku lari, rasanya aku mcm lari dari bayangan diri aku sendiri. Bayangan kesilapan dan kekhilafan yang telah aku lakukan. Sungguhpun diri aku sendiri tak dapat nak menerima semua yang dah terjadi, tapi aku harus menerima hakikat. Hakikat yang semua ni dah terjadi. Apa yang dah berlaku, memang dah berlaku. So, dah takleh nak buat ape dah. Susah mcm mane skalipun aku nak terima, aku kene jugak terima. Bukan aku taknak terima, tapi rasa cam susah sangat nak percaya. Ya, susah sangat. Korang takkan faham, sebab tulisan aku ni makin mengelirukan fikiran korang. Takpe la. Sekurang2nya, korang tahu yang kepale hotak aku sekarang ni memang sangat2 kurang betul. Ya. Kurang betul.





Di saat aku betul2 tengah bingung dan bengong memikirkan semua ni, aku terlalu mengharapkan kewujudan dia di sisi aku. Namun harapan sekadar tinggal harapan. Tak mampu nak dilaksanakan. Ya. Saat ni aku rasakan yang aku amat2 memerlukan dia. Tapi dia jauh sangat. Walaupun dia sentiasa di hati, tapi kadang2 bagi aku itu tidak mencukupi. Aku nak dia ada di sisi. Maaf andainya aku terlalu beremosi. Maaf juga kiranya entri ini agak keterlaluan. Bila aku fikirkan balik, apa yang berlaku ni pun keterlaluan jugak. Sampaikan aku sendiri pun susah nak terima dan percaya. Tapi itulah hakikatnya.



Kalau lah dia baca entri ni, aku harap sangat dia dapat memahami isi hati aku. (Rasanya dia tak akan baca, sebab dia sendiri pun mungkin tak tahu tentang kewujudan blog aku ni...Biarlah..) Aku amat2 menyayangi dirinya. Amat sangat. Hanya Tuhan yang tahu mcm mane perasaan aku. Setiap kali menadah tangan selepas solat, aku tak pernah ketinggalan untuk memanjatkan kesyukuran pada Allah, kerana Dia telah menemukan hatiku dengan hatinya. Aku amat bersyukur sekali. Perasaan cinta ni adalah anugerah dariNya yang amat2 bernilai dalam hidup aku. Aku ingin menjaganya dengan sepenuh hati. Dengan sebaik mungkin. Itu tekadku. Aku mohon padaNya, agar Dia teguhkan rasa cinta di hati kami buat selamanya. Aku mohon juga, agar dia adalah insan yang ditakdirkan untuk aku, dan akan hidup bersamaku, selamanya.


Aku ingin semuanya berakhir dengan baik. Walaupun hidup ini sentiasa dipenuhi dengan dugaan dan ujian, dan mungkin ada perkara yang berlaku di luar dugaan, tapi aku amat berharap agar doa aku diperkenankan. Sesekali terdetik rasa takut di hati, bila memikirkan takdir dan ketentuan Illahi. Tapi, aku taknak fikir sangat. Apa yang mampu aku lakukan saat ni, hanyalah berdoa memohon dariNya. Dan aku memang sentiasa berdoa, meminta padaNya agar inilah jalan yang terbaik untukku.



Buat dia, insan yang sentiasa di hatiku,

Ketahuilah bahawa aku mengimpikan kehidupan yang lebih baik untuk kita kecapi suatu hari nanti. Lebih baik daripada hari ini. Kesilapan itu sepatutnya kita jadikan landasan dalam menempuhi hidup ni. Aku amat2 menyayangi dirimu. Amat sangat. Walaupun dirimu jauh dari pandangan mataku, tapi namamu sentiasa di hatiku. Hatimu sentiasa di hatiku. Cintamu ada di jiwaku.


Terima kasih, Allah. Di atas rasa cinta yang Kau hadiahkan ini. Aku amat2 mensyukurinya. Dan aku amat berharap, agar rasa syukur ini akan menyuburkan lagi cinta di hati kami, demi cintaMu Ya Allah. Amin.







5 comments:

zaidi ali said...

Salam.

Hanya pada Nya kita berserah...
Hanya pada Nya kita mohon petunjuk.
Hanya pada Nya kita mohon pertolongan.

Semoga dikurniakan keceriaan untuk jiwa yang sepi.

arewanys said...

Dari Allah Kita Datang,Kepada Allah Kita Kembali..
Don't judge urself as Allah Maha Pengampun..
Find back ur strength dalam s'tiap ujian&dugaan Nya..

http://www.youtube.com/watch?v=2fRxKULiF-M&feature=related

p/s : it's help when i'm felt very down & lost myself(d'samping pasha yg ensem..muahehe)...hope it will calm u abit n 2 remind me as well =) May Allah Bless,Babe...

Ida Shimizudani said...

Salam...

Dia sentiasa ada di saat kita memerlukannya..

Semoga dikurniakan keceriaan dan kebahagian untuk jiwa yang sepi ini...

Amin...:-)

Anonymous said...

ida, kte sedia mendegar setiap masalah ida, sebagaiman ida mendenga masalah kte, tp kte dapat rsakan masalah ida lg berat, tp kte mengalukan klu ida nk kte jd tempat luahan perasaan, kte sedia,
p-)
ur rumet

Ida Shimizudani said...

Thanks a lot put... Hehe...

Mmg berat, dan terlalu peribadi. Sbb tu la buat masa skg ni kita xleh nak luahkan kat sape2 lg. InsyaAllah kalo dah xleh nak tahan nanti, put je tempat kita mengadu... Huhu...