CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 11, 2009

Ku merindukanmu.....

Bismillah…. Salam..

Aku baru je dpt msg drp Noah, adik aku….. Dia bgtau Fadh bawak Nana dgn Ashraf g beli baju raya. Mmg dua tiga ari lepas Fadh ada bgtau aku yg dia nak balik sari dua lg, nak beli baju raya utk Ashraf. Tp bila bende ni betul2 jd, rasa cm nak menitis air mata pun ada… Sejuk sgt hati ni bila dpt tau adik aku yg sorang tu menunjukkan peranan dan tanggungjawab dia sbg anak lelaki dlm family. Fadh adik bawah aku, no 3 dlm family. Tahun ni umo dia 19 tahun. Lepas SPM dia xsmbung blaja, sbb time tu dia blum sedar diri n malas nk memajukan diri lg. Then bila dia mula terfikirkan hidup dan masa depan dia, keadaan pulak xmengizinkan. Awal tahun baru2 ni dia dpt tawaran utk smbung belajar. Tp dia xdpt nak terima tawaran tu, sbb time tu mama tgh sakit n terlantar lat spital. Abah langsung xkeje sbb jaga mama, so Fadh kene keje, utk sara persekolahan adik2 kat umah. Ada jugak time dia amik turn utk jaga mama kat spital. Arwah sndiri penah ckp kat aku, dia mmg menitiskan air mata masa Fadh jaga dia kat wad. Pukul 3 pagi, mama kejutkan dia mintak nk tukar lampin, Fadh bangun serta merta tanpa mengeluh pun. Mama menangis bila cite psl tu. Dia bangga sbb anak dia yg sorang tu boleh diharapkan bila mama tgh sakit.


Memang dah jadi tanggungjawab sorang anak utk jaga parents dlm keadaan cmni, tp kalo sesape yg kenal adik aku n sejarah hidup dia, mmg xkan sangka la dia boleh jadi begitu perihatin mengambil berat tentang family time kami dlm kesusahan.


Aku xdpt nak menjalani ibadah puasa sepenuhnya bersama abah n adik2.. Aku sempat balik 3 ari je dlm bulan pose ni. So semua persiapan raya perlu dibereskan oleh abah n adik2. Paling aku terharu, Fadh belikan baju raya utk adik2. Kalau nak bandingkan dgn abang aku, mcm langit dgn bumi. Abang aku tu langsung xleh nk diharapkan. Ntah2 baju raya dia pun abah yg belikan, lagi hampeh kalau Fadh jugak yg nk kene tanggung. Apa nak buat, dh mmg dia mcm tu. Lantak dial ah. Janji dia xmakan duit aku.


Then, Noah gtau lg, baju raya Nana tahun ni juga disponsor oleh Mama, nenek sedara kami. Baju Melayu Ashraf lak dibeli oleh MakNgah, adik arwah mama. Thanks to all, kami xdpt nak balas sume jasa u all selama ni. Perhatian dan kasih sayang drp u all semua amat2 kami hargai. Sejak kami kehilangan mama, ramai yang menghulurkan tangan utk meringakan bebanan kami, terutama dr segi perasaan. Buat masa skg ni, kami sekeluarga dah dpt menerima takdir pemergian mama. Cuma kehidupan kat umah tu blum stabil lg. Lebih2 lg abah. Makan pakai dia, Yaya yg uruskan. Tp kalau time Yaya sekolah, abah kene buat semua tu sndiri. Noah xleh nak diharapkan lg. Ashraf lagi la… Skg ni Ashraf tgh bercuti, sekolah pondok akan dibuka semula lepas raya nanti. So dia dpt la berpuasa kat umah…

Aku lak, next week balik la… Maybe kamis kot, xsure lg sbb aku tumpang cousin aku, Abg Din yg keje kat Shah Alam. Tiket bas, train, flight sume abis…hampeh tol la time nak raya ni..huhu…



20 Sept 2009….

Boleh x kalo aku xnak lalui hari tu??? Aku nak tido je ari tu…bleh x???

Aku xdpt nak bayangkan apa yang akan aku rasa. Aku amat2 rindukan mama. Mcm mane la nk beraya tanpa mama. Tentu hambar. Sape nak guide kami buat persiapan?? Biskut kacang yg aku suka tu, sape nak ajar aku buat??? Sape nak masa utk juadah raya?? Kek coklat yg aku suka jgk tu, sape nk buatkan??? Mama tinggalkan kami sblm sempat kami belajar utk buat semua tu…. Kalau aku tau, mama nk tinggalkan kami lebih awal, dari dulu lg aku blaja sume tu.. Mmg aku seorang yang hampeh.. xguna… malas… manja… tp bukan aku nak jd mcm ni pun. Kalau aku tau keadaan akan jadi begini, aku akan buat persiapan utk semua ni dr awal lg. Kalau dipertimbangkan balik, mmg aku ni xguna. Umur aku dah nak masuk 22 tahun (awal bulan dpn…), tp blum pandai masak lg. bukan xnak belajar, tp xpenah ada kesempatan. Tambahan pulak, arwah mama ni terlalu manjakan aku kalau nk dibandingkan dgn Yaya. Kalau keje dapur tu, nama Yaya je yg dia panggil. Sbb aku ni selalu dgn buku, so mama mcm xnak aku buat keje2 dapur n keje umah sgt la. Bukan aku nak mcm ni pun, tp semua tu dah berlaku lama dulu. Sejak dr dulu lg… smpai la mama xde. Skg ni pun, kalau time aku balik, Yaya yg masak. Bukan aku. Teruk nya aku ni. Bukan xnak blaja, tp xde masa. Busy sgt ke? Ntah la…. Bukan xtau langsung. Tau la jgk sket2, tu pun lepas mama xde. Aku cuba utk jadi lebih bertanggungjawab utk family. Tp xmampu, sbb balik2, Yaya yg guide aku. Aku ni dah mcm adik dia plak. Perangai pun mengalahkan dia. Manja dgn abah. Yaya tegas. Apa yg Yaya ckp, aku ikut je..huhu…


Raya ni….hmmm…cm xde mood je nak beraya…. Lately, aku selalu menangis. Selalu teringatkan arwah. Rasa nak kucup dahi mama. Xpuas rasanya aku menikmati kasih sayang mama. Kurang kasih sayang lg nih….huhu….sob..sob..sob..T-T


Ok la…sambung nanti. Nak bersiap utk ke kelas..(awal siot, kelas kul3 daa….huhu)

Ptg nanti dah janji ngn anis, nk bukak pose kat luar…hehe…




0 comments: