CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 11, 2009

Cuti mengejut...(gara-gara h1n1...)

(Post ni ditulis pada 1 Ogos 2009, tp lupa nk publish…hehe)


Bismillah…. Salam…

Huhu…sebagai mana yg telah diketahui semua, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengumumkan cuti midsem awal berikutan penularan Influenza A aka H1N1. So, semua budak2 kene la pulang ke rumah masing-masing, sbb semua kolej perlu dikosongkan. Tp aku xteruja sgt pun nak balik ke rumah kat Kelantan, sbb last week aku dah balik. So aku decide utk tinggal menumpang kat umah sedara aku kat Taman Kajang Utama. Dan skg ni aku menghabiskan masa cuti midsem mengejut aku kat umah sedara aku ni la. Maybe raya nanti baru balik kampong kot.. huhu…..

Dah dua hari aku kat sini, n sepanjang hari dihabiskan dgn bnde yg xde pekdah..huhu… Teruknya aku ni… Semalam, ari rabu, cam biase bangun2 je, lepas mandi n bersiap, aku dibawa utk menikmati sarapan kat luar. Sedara aku ni, dah kahwin, tp blum ada anak lagi. So most of the time dia dgn husband dia akan makan kat luar je…huhu. Sedara aku ni kerja sbg cikgu, tp skg ni dia sambung blaja balik, amik Masters kat UKM. Dulu husband dia (jugak keje sbg cikgu) yg sambung blaja amik degree, tp skg ni husband dia dah abis study and baru je posting. Dia dpt mengajar kat Putrajaya, next week stat. huhu…

Sepanjang seminggu cuti midsem ni, aku akan tinggal kat sini. Actually, byk sgt assignment yg nak kene submit dalam mase terdekat ni, tp sume blum stat buat lg.. huhu.

Arini lak, lepas bangun tdo n mandi, kitorg g makan kat Bangi, breakfast la konon, walaupun mentari dah terpacak kat atas kepala. huhu.. Pas makan lak, husband sedara aku ni bwk kitorg Putrajaya. Dia kene g amik surat posting kat JPN Putrajaya. Pas g JPN tu, kitorg g la Alamanda, alang2 dh dekat, pegi je la kan. Huhu.. sedara aku ni g survey henset, tp xbeli pun. Hehe.. tgk2 je, cuci mata. Then, kitorg g la lepak kat bowl centre, sedara aku ajak main, tp aku xminat sgt (plus segan, sbb time tu ramai sgt guys, pompuan xde pun)… huhu.. so aku lepak2 la kat meja dkt dalam tu. Berhampiran dgn tempat aku lepak tu, ada la sorg mamat ni. Dia main bowling la (mestila main bowling, dah namanya tempat main bowling…ngeh2).. sorang2 je mamat ni main.. tempat aku duduk ni, betul2 ngadap lane tempat mamat ni main, so toleh sane toleh sini, alih2 nampak jugak la si mamat ni. Nak dijadikan cite, (mcm mengumpat la pulak, hehe)… mamat ni cam poyo sket la, maklumla most of yg dia main tu, sume strike. Xheran la, tp dlm ati cam kagum jugak…hehe… yg xtahannya, tiap kali dia skor tu, aku mmg tgk dia, bukan sengaja pun, tp cam curious, nak tgk dia main…hehe.. n bila aku tgk dia skor, dia lak pandang tempat aku duduk tu. so Nampak sgt la yg dia mmg nampak aku tgk dia main. Hish…. Tambah la poyo mamat ni. Huhu… jahatnya aku, tp seriously suka sgt tgk dia main. Nak je g duk sebelah dia, n ajak berbual… ngeh3.. gedik la pulak.. control2.. hehe… (wasn’t me)…


Buah hati aku baru je call mase on da way nak masuk Alamanda td tu. Smlm aku call dia, sbb biasenye ptg sblm balik dr keje, dia akan call aku, guna no ofis, hehe..jimat, syg kredit… tp ptg smlm dia xcall pun, busy agaknya. So malam td aku try la call dia. Dia angkat, tp dia sebenarnya dia dah tdo. So aku xckp byk la, bg dia tdo, maybe dia penat. Tu yg sblm g keje td, dia call aku. Mmg malam td dia tdo awal, sbb balik keje pun dh kul11 lebih. Lately ni, aku dh boleh memahami sebahagian drp diri dia. Keje dia mmg bz, maklum la Network Programmer.. so aku akan paham la kalo dia xcall, dia mesti tgh bz. Tp kalo dia xsms, lg la aku paham, sbb dia ni mmg malas nak baca n reply sms. Huhu… so kalau ada pape, aku just sms dia, n kompem2 dia akan call aku sbb dia mmg malas tahap gaban nak taip msg..hehe… (sori syg, ngumpat sket ni)….


*_* ...........

0 comments: