CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 26, 2009

I'm gonna be around.....

I'm Gonna Be Around - Michael Learns To Rock


It's been so long since we took the time
to share words from deep inside us
We're in our own world spinning our wheels
but you know how I feel

Well since the first time I took your hand
my love for you has just been growing
You always seem to understand
You know how I am

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend
I wanna share your ups and downs
I'm gonna be around

When you're alone and I'm away
don't be sad don't be afraid
I'm gonna turn my thoughts to you
like I always do

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend...

Catch you when you fall
Hold you when you're down
Sharing every moment
I wanna show you all I do
I believe I've found a miracle in you

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend..

Wait...wait.....wait...*_*

I’m still waitin’……….

Waiting for what??? Huhu… ntah la..aku sendiri xpasti apa yang aku tunggu, dan kenapa aku setia menunggu sehingga ke saat ini.

Mungkin aku pernah melihat harapan padanya, lalu aku bertekad utk menunggu.

Mungkin aku telah jatuh hati padanya, lalu aku rela utk menunggu….

Mungkin juga aku telah benar-benar yakin dengan isi hatiku, lalu aku biarkan penantian menjadi sebahagian daripada hari-hari yang aku lalui…

Dulu, aku dah nekad, xnak ada perasaan lagi pada sesape… xnak fikir lg psl jodoh atau cinta..

Tp bila dia hadir dlm hidup aku, aku terpaksa merelakan pintu hatiku dibuka…

Bagi aku, mencari cinta adalah sesuatu yang baik, tp cinta yang hadir tanpa dicari adalah lebih baik..

Aku xcari dia, dan dia pun xcari aku….. kami dipertemukan dalam satu situasi, secara kebetulan, melalui seseorang. So what?? Hmmm…the point is, pintu hati aku mmg dah terbuka untuk dia dan cintanya.

Ceritanya mcm ni…..

Last week, aku balik kg, sbb dah rindu sgt kat abah n adik-adik…

Aku balik rabu malam, smpai umah pg khamis. Then tiket utk balik kl adalah pada ahad malam. Tp secara kebetulan, ada la sorang cousin aku ni yang tinggal kat Kajang, yang nak bertolak balik ke Kajang ptg ahad tu. So mak dia offer la aku tumpang cousin aku nih…huhu… kecik tapak tangan, padang golf aku tadahkan….. so burn la tiket train aku RM17…huhu…xkisah la…

Kalau aku naik train, aku smpai UPM pg esoknya, kelas kul10 dan semestinya aku akan berkejar utk ke kelas. Penat….huhu…. Cousin aku ni lelaki, dia dgn member dia sorang lg, juga lelaki, n sebuah lg kete member dia, juga lelaki. so setelah hampir 8jam perjalanan menaiki kereta baru cousin aku tu, kitorg pun smpai la kat UPM. Mlm tu mmg aku terus tido n lena sgt2 dek kepenatan.

Dipendekkan cerita…(penat otak aku nak review balik…..huhu) ptg esoknya, mase aku dlm kelas Audio, kwn cousin aku yang naik kete same ngan aku smlm tu sms aku. Dia ni mmg gile2 sket, tp still aku boleh go on dgn cara dia la… hmmm… nama panggilan dia Bubu. So aku bahasakan dia Bubu la, n dia panggil aku Ngah, sbb cousin aku panggil aku cmtu. Sms tu berbunyik lebih kurang cmni la… “Ngah, Abg D** kirim salam…yang pkai glasses smlm tu..yang naik kete kelisa..” huhu….

Cam terkejut pun ada, bila mase lak si D** tu tgk aku, sedangkan aku xturun dr kete pun mase dlm perjalanan tu, and mase cousin aku anta aku kat UPM, dia xikut same pun… Pelik gk la…

Hmmm…..tp nevermind.. so aku pun dgn berbunga hati, suh la si Bubu cute ni kim salam balik kat si D** tu. Nak dipendekkan lg cite, si D** ni sndiri plak yang sms aku lepas aku dah abis kelas ptg tu. So di situ lah bermulanya perkenalan kami…

Mmg aku xnafikan, sepanjang perkenalan yang singkat ni, dah berputik bunga-bunga cinta antara kami…(jiwang la plak….hehe)… tp masalahnya, aku masih xkenal dia, n dia pun for sure la jgk xkenal aku. Tp drp yang aku tau, mengikut cerita Bubu n Abg Jad cousin aku tu, si D** ni budak baik.. xsosial mcm Bubu n Abg Jad. Huhu…. Umo dia 28 tahun, keje kat Pandan Jaya, sbg Network Programmer. Tp yang bagusnya, si D** ni mmg low profile. Dia xcite pun apa yang istimewa psl diri dia, aku tau semua tu drp Bubu je. Tu pun nasib baik Bubu nak bekerjasama dan menyokong aku, lagi pun si D** ni dpt no aku drp Bubu, so mmg Bubu la yang kne bertanggungjawab. Huhu…..

Keje si D** ni mmg sibuk, kdg2 tu sampai langsung dia xleh nak luangkan masa utk aku dlm sehari. Terkilan jugak. Aku sendirian merinduinya, tp dia sibuk dengan kerja. Tp nevermind. Semuanya masih awal. Kami perlukan banyak masa utk kenal antara satu sama lain. Yang paling penting, perlu saling memahami antara satu sama lain. Aku perlu faham komitmen dia. Dia dah kerja, ada tanggungjawab sendiri. Dia jgk ada kehidupan dia sendiri. Tp aku jg perlukan masa utk memahami semua ni.

Terlalu byk bende yang terbuku di hati. Tp amat sukar utk diluahkan. Apa yang aku harapkan, Allah merahmati hubungan kami. Jika benar kami ditakdirkan utk bersama, harapnya hubungan kami kekal selamanya. Aku dah xnak pikir bnde lain lg dah, pasrah dgn apa yang Allah takdirkan utk hidup aku. Segalanya aku serahkan padaNya. Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik utk diri ini.

Aku memang pasti dgn apa yang aku rasakan. Aku tahu dia pun sama, tp mungkin caranya berbeza. Dan aku perlu memahami caranya. Hmmmm…..



Eiffiel…….I’m in LOVE!!!!!!!!!!!!....*_*

Oppppsss..........

************************************

Hehe.... Blog pink dah bertukar jd wane hijau....
terberkenan dgn template baru ni, trus tukar...
xpe, luar je hijau...jiwa masih pink....dan akan sentiasa pink....hehe....


************************************

Saturday, July 25, 2009

Mama, kami amat merinduimu...


I really don’t know where to start. Terlalu banyak yang terbuku dan terpendam di hati, tp xtau apa yang nak diluahkan. Aku sebenarnya dah kurang mood nak menulis. That’s why la blog pink aku ni dah 3 bulan aku xbuat post. Sedangkan dalam mase tu, terlalu banyak peristiwa yang berlaku, dan amat sukar dilupakan.

3 Mei 2009…..

Pada tarikh ini, aku telah kehilangan seorang insan yang paling aku sayangi. Insan yang menyayangi aku sepenuh hatinya, sejak aku lahir ke dunia ni. Amat sukar untuk aku menerima takdir pemergian mama, kerana aku belum bersedia untuk kehilangannya. Aku belum cukup bersedia untuk berdikari dan mengharungi hidup ini sendirian. Ya Allah, aku belum benar-benar bersedia untuk kehilangannya. Kau mengambil kembali mama kami sebelum sempat kami membalas segala jasa dan pengorbanannya.

Mama sakit. Sejak mula-mula tahu yang mama menghidap leukemia, aku memang xboleh nak terima. Kenapa mama aku???? Kenapa?? Kenapa kami yang perlu lalui semua ni? Bukan aku xnak terima takdir Allah untuk kami, tp aku xmampu. Aku xcukup kuat untuk mengharungi semua dugaan ni. Dan sekarang, aku perlu melaluinya tanpa mama. Tanpa insan yang selama ni selalu menjaga aku, menemani hidup aku, mengambil berat tentang aku walau kat mane sekalipun aku berada, ambil berat psl study aku walau kat mane sekalipun aku study, tanpa insan yang sebelum ni merupakan tempat aku mengadu walau apa jua masalah aku. Bagi korang yang masih ada ibu, korang xkan faham apa yang aku rasakan. Korang xkan tau mcm mane rasanya kehilangan orang yang paling kita sayang. Bukan sementara, tp kehilangan buat selama-lamanya, sampai bila-bila pun kita xkan dpt bersama dgnnya semula.

Mama menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun anak-anaknya ada di sisi. Cuma abah je yang ada dgn mama mase tu. Kenapa Kau takdirkan semuanya begini Ya Allah? Kenapa Kau tidak memberi peluang pada kami untuk mengucup dahi mama dan menyatakan yang kami sayangkan mama, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun aku dh selalu peluk mama, cium pipinya, kucup dahinya, dan minta ampun sebanyak mungkin darinya, tp aku xsempat buat semua tu buat kali terakhir sebelum dia menutup mata.

Kami tiba di hospital lepas 10 minit abah call, bgtau yg mama dah xde. Mase mama nak pergi tu, kami dah dekat sgt nak sampai, tp Izrail benar-benar menurut perintah Allah, xkira la siapa kami dan mcm mane tinggi sekalipun harapan kami nak jumpa dgn mama. Dia ambil nafas mama, sebelum sempat kami tiba. Kami adik beradik bukan selalu boleh ada kat hospital, sbb rumah kami jauh sgt dari HUSM.

Mase dlm perjalanan, byk kali abah call kami, dan kami dgr suara mama. Dia tanya, anak-anak mama lambat lg ke nak sampai. Kereta yang bwk kami mlm tu mmg dah dipecut laju. Sampai kat bandar Kota Bharu, abah call dan bgtau mama dah xde. Gelap gelita dunia ni aku rasakan. Aku peluk Nana, adik bongsu yang ada kat pangkuan aku masa tu. Aku memang xdpt menyangka semua tu, sebab tu lah aku memang xbuat apa-apa sebagai persediaan. Aku xbersedia untuk menerima kematian mama.

Sebelum mama pergi, dia sihat-sihat je. Dia xsakit tenat pun sebelum tu. Sebab tu lah kami xbercadang untuk ke hospital dlm mase terdekat tu. Cuma abah yang tahu semuanya. Doktor-doktor yang merawat mama dah bgtau abah, keadaan mama benar-benar kritikal, walaupun luarannya dia memang nampak sihat. Kematian mama adalah disebabkan oleh severe sepsis. Doktor cakap, kandungan kuman dalam darah mama dah terlalu banyak dan xdpt dikawal. Tp abah langsung xbgtau kami. Sakit mama tu xnampak, sakit dalam. Kanser darah putih, sbb tu lah lambat dikesan. Kalau sakit kanser lain, awal-awal lagi bleh nampak, sbb boleh rasa sakitnya tu. Tp sakit mama xnampak. Dia dikesan menghidap penyakit tu awal Januari tahun ni, dan mase dpt tau yang dia sakit tu sebenarnya harapan untuk mama hidup cuma tinggal 4 bulan je. Tp doktor langsung xbgtau kami. Yang diorg tau, diorg nak berusaha. Tp tu je yang mampu diorg buat, bukannya utk sembuhkan mama. Pada tahap tu, penyakit mama dah xde harapan untuk sembuh.

Jenazah mama dihantar ke rumah oleh pihak hospital. Kami tiba di rumah lebih kurang pukul 1 pg. Malam tu aku tidak henti-henti menemani mama. Aku bacakan Surah Yasin dan Alfatihah sebanyak mungkin untuknya. Mase jenazah mama dimandikan dan dikafan pd pg esoknya, aku langsung xdpt nak mengawal perasaan, sampaikan aku xdpt ada di sisi mama mase tu. Aku langsung xboleh nak lihat semua tu. Aku xdpt nak tahan air mata yang xhenti-henti mengalir.

Sampai lah lepas mama hampir siap dikafankan, kami diberi peluang untuk lihat mama buat kali terakhir. Aku peluk tubuh mama yang kaku, dan aku kucup dahinya. Dalam hati aku bisikkan pada mama, “Mama pergilah kembali padaNya, bersemadi dengan tenang. Kami sayang sangat kat mama.” Lepas kucup dahi dan pipi mama, aku menuju ke kakinya. Aku pegang kaki mama, dan aku kucup dengan penuh perasaan kasih. Aku bisikkan dalam hati, “Mama, ampunkan segala dosa kami sejak mama melahirkan kami. Syurga buat kami ada di bawa telapak kaki mama. Ampunkan kami, mama.” Agak lama aku berteleku tunduk mengucup kaki mama, sampai la adik aku meminta untuk berbuat demikian. Aku tahan air mata daripada mengalir masa kucup mama, tp lepas tu, aku memang seperti orang yang hilang pertimbangan. Sampaikan aku terpaksa ditenangkan oleh beberapa orang saudara yang ada di situ. Aku xdpt nak buat apa-apa untuk mengiringi pemergiannya, selain drp menyatakan padanya, bahawa aku amat-amat menyayanginya.

Semuanya berjalan dengan lancar. Jenazah mama selamat dikebumikan pada pkul11 pg. Air mata di pipi aku xhenti-henti mengalir mase lihat tubuh mama diusung ke dalam liang lahad. Aku berbisik dalam hati, Aku dah xde mama. Mama dah meninggal. Dia dah pergi buat selama-lamanya. Dah xde lg dengan kami. Sukarnya untuk aku terima semua tu.

Kasihan Nana. Mama pergi sebelum sempat dia merasai kasih sayang mama dengan lebih lama. Dia baru 8 tahun, belum cukup matang untuk mengerti erti sebuah kehilangan. Tp dia terpaksa melaluinya.

Saban hari, aku mula dapat menerima semua yang telah berlaku. Mama pergi, pulang ke pangkuan Penciptanya. Sejak azali lg, itu lah yang tertulis. Walau siapa pun kami, walau mcm mane sekalipun sayangnya kami pada mama, tp Allah itu lebih menyayanginya. Kami redha dengan semuanya.

Kami akan sentiasa merindui mama. Semoga mama bersemadi dengan tenang dan ditempatkan oleh Allah dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman. Amin…



Thursday, July 23, 2009

Buat pengikut setia blog pink ini, Encik Zaidi Ali...

Untuk pengetahuan Encik Zaidi, bonda saya telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei yang lalu..
Maaf sebab lambat khabarkan berita ni, kebelakangan ni agak sibuk skit..
Bonda saya menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis... kekurangan darah dan juga kandungan kuman dalam darah yang agak tinggi...

Terima kasih atas doa dan sokongan yang Encik Zaidi selalu berikan....semuanya adalah sebagai penguat semangat. kita hanya mampu berdoa dan merancang, tp yang menentukan hanyalah Allah.
Dia tahu apa yang terbaik utk semua hambaNya...
Kami sekeluarga redha dengan pemergian bonda ke alam sana...dan kami sentiasa berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan soleh..