CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 10, 2009

3 perkara yg Bill Gates mengaku kalah..


Magic 1:

cuba korang create folder baru nama CON
takkisah lah dekat mana2 direktori or dekat desktop..
mesti keluar error punya...

Magic 2:

1. Open notepad
2. taip "Bush hid the facts" (buang ")
3. Save dengan apa2 nama
4. Tutup and buka balik file notepad tadi

Magic 3:

1. Open Microsoft Word dan taip
=rand (200, 99)
2. Lepas taip, press ENTER

Tiga2 perkara ni, Bill Gates langsung tak boleh explain...
and mengaku kalah...




Wednesday, April 08, 2009

ponteng lagi....huhu..

arini aku ponteng lg, dah la last week seminggu x g kelas...huhu..
arini ponteng kelas grafik je, kalkulus ngn OS aku g je td..
dah la ni last class sblum final..huhu..

tumpang online kat laptop rumet...
laptop aku ntah knape la...sejak semalam langsung xleh nk online...

huhu..ptg smlm, mama aku leh balik umah..dia diberikan cuti selama 10hari..
hampeh jek..aku baru je smpai sini, tetibe mama dh dpt balik umah...
mungkin byk peningkatan selepas rawatan kemoterapi yang lepas...
ari ahad, sumsum tulang mama diambil utk diperiksa..so hasilnya, mama dh boleh bercuti..
huhu...
nak je aku g beli tiket utk balik jumaat nnti, tp bile pk balik...huhu..
exam kalkulus ari selasa..
kalo balik kejap je la..
so aku decide utk tgu je abis final nanti...


Semalam

Smlm aku bru je smpai upm setelah seminggu berada di Kelantan… Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa malasnye aku nk balik ke sini..berat sgt nk mulakan langkah, tp bile pk kan yang final dh xlame dh (minggu dpan…huhu) aku paksa rela kan diri aku ni…huhu…

Ingat nk balik naik train je, ari ahad..tp ade lak cousin aku yg tinggal kat Gombak ni, dia ckp dia nk balik jugak, tgk mama aku..dia balik ngn kete boyfriend dia, n dia pelawa aku utk balik same ngn die..huhu…kecik tapak tangan, padang bola aku tadah…hehe..pe lg, terime je la..save budget la katekan..hujung2 sem ni, paham2 je la..miskin..huhu..

Last week, ari sabtu, telah berlaku suatu insiden yg mana telah menyebabkan aku tergesa-gesa balik ke Kelantan. Maksu aku sms, katanye abah aku call dia ckp mama dlm keadaan tenat. Aku heran jugak, nape abah x call aku sndiri, bgtau..sedangkan mase tu dia baru je lepas call aku. Maksu ckp, mama batuk berdarah dan memerlukan oksigen tambahan untuk membantu pernafasannya.

Mula-mula, aku cuba bertenang..tp xleh..xtahan beb, bonda dlm keadaan yang amat membimbangkan. So aku decide la utk balik awal pg esok, naek bas…(dah lame sebenarnya xnaek bas, sbb tambang mahal..naek train je..) mlm tu, aku call la sedara aku kat Kajang, dia ckp dia kat KL, ada hal..ok fine..relax jap..cmne nih..nk mintak tolong kat sape lg ek..hmmm…aku sms pulak abang sedara aku kat Kantan Permai, Kajang..huh..dia ni pulak ckp dia ada kat Ampang, ada hal..then, aku call plak abang sepupu aku kat Shah Alam, xangkat..sms pun xjwb..aduh..seksa deh..pastu pulak, aku sms kakak sepupu aku kat Gombak, dia pun bz jugak…menangislah aku sendirian mengenangkan nasib, dh xtau nk mintak tolong kat sape..nk pegi sndiri, susah.. pastu, aku mencuba nasib lg, mintak tolong kat org sekeliling, tp HAMPEH!!!!!!!!! Mane ade manusia yg sudi menghulurkan bantuan kalau kita dlm kesusahan?? Mane perginye kwn2?? Time diorg susah, cari aku..time aku susah, aku cari diorg tp diorg mengelak… kawan ke tu namanya????


Kebetulan, mase tu, ade sorang kwn lame aku, tumpang tido kat bilik aku..kebetulan jugak, rumet aku balik Perak. Kwn lame aku ni, budak UMP, dtg UPM sbb nk jumpe pakwe die, budak K15. Bila aku pk2 balik, mungkin ada hikmahnya semua orang xdpt nk bantu aku, yela kan, kalau aku balik, xkan la aku nk tinggalkan kwn aku tu sorang2 kat bilik aku..so aku decide utk balik Kelantan selepas kwn aku tu balik UMP. So dipendekkan cerita, aku bertolak dari Kajang pkul9:03 ahad malam, naek train.

Aku sampai kat Pasir Mas pkul10 pg (isnin).. sebelum tu Kak Long Zana, sepupu aku dah byk kali sms aku, tanye kul bape smpai..dia ngn husband dia, n mertua dia nk g hospital, tgk mama aku. So diorg nk bwk aku sekali la…sampai2 je kat umah maksu, aku mandi n bersiap, tanpa sempat menjamah apa2 pun, aku dibawa ke hospital.

Sampai je kat Wad mama, aku tgk muka mama sembab sgt2. Dia masih mengguna oksigen utk bernafas. Nampak dia xbermaya sgt. Kesian mama, macam2 komplikasi yang dia alami sejak sakit ni. Aritu, aku g kejap je, pastu balik umah maksu. Ari rabu lepas tu la baru aku pegi ke hospital utk jaga mama. Tp kali ni, abah xbalik umah, sbb aku tidor kat bilik member aku, kat Kampus Kesihatan USM. Xjauh pun dari wad. Malam aku pegi, awal2 pg esok aku datang semula ke wad. Mase aku sampai kat Kota Bharu, tgh tgu bas nk ke HUSM, abah call aku, ckp mama dah boleh turun wad bawah, 1 Timur Depan, sbb kandungan darah putih dia dh stabil. Bukan maen hepi la aku ni..huhu… aku sampai kat hospital dlm kul6 ptg.

Aku cadang nak balik Pasir Mas ari Jumaat ptg, on da way nk balik tu, aku ingat nk beli tiket train utk balik KL ari sabtu. Tetibe hujan lak ptg tu, so aku delay la utk balik pg esok. Pastu, tup2 ptg tu Pak Uda n family, n makcik aku dtg melawat mama. Huhu….tumpang la balik umah Maksu. Berjimat lg la….hehehe..

Pastu, mase cousin aku balik, ari isnin (smlm), aku x bajet pun situasi akan sekalut ini. Aku punye la asyik duk mengemas kat umah Maksu…basuh kain, jemur kain, sapu lantai, masak (masak nasi je, utk Paksu yg balik lunch kat umah)..huhu..tetibe kul12 lebih, cousin aku call, ckp dia nk g tgk mama kat wad. Punye la kecewa bile dia xajak aku same..hukhuk…pastu aku sms dia, ckp nk ikut jugak. Then dia suh aku bersiap segera. Tak sampai lima minit, cousin aku tu dh sampai kat umah Maksu..alamak…aku xsiap lg..naseb baek barang nk bwk balik kl xbyk sgt…sumbat2 je dlm beg..huhu…kalut jugak nk tinggalkan umah Maksu sbb Paksu xbalik lg..aku kunci je umah dia tu, n then letak kunci kat tempat biase..nk cepat…pastu aku call je Maksu, gtau dia yg aku telah diambil oleh Kak Nana. Lepas tgk mama kat wad, Kak Nana terus nk bertolak balik Gombak. Huhu…dia sampai pkul 10pg, then nk bertolak kul4 ptg…maknanya dia balik dlm 6jam je, semate2 nk tgk mama aku… sejak mama masuk wad awal tahun aritu, Kak Nana mmg belum berkesempatan lg nk tgk mama. Kalut gile aku mase dia dtg amik aku tu, sampaikan xsempat nk pakai kasut. Sampai kat hospital baru boleh pakai kasut..huhu… sampai kat wad, naseb baek waktu melawat masih berbaki 30minit. Mama ckp, kandungan darah putih dia dah naik ke bacaan 10.8 (amende ntah….tp something like that la…) doctor ckp, bacaan tu lebih tinggi daripada bacaanya dia..huhu…itu menunjukkan kemoterapi yang mama jalani dah menunjukkan peningkatan yang positif.

Tak sabar nye nk tgu mama balik umah utk bercuti lg…

Dari kaca mata lelaki

Dipetik dari Wanita Kini Siasah Edisi Khas


Dah kahwin baru nak tutup aurat…

Baru-baru ini saya berkesempatan hadir di suatu majlis yang dianjurkan oleh sebuah NGO. Oleh kerana majlis itu majlis umum, ia bukan sahaja disertai kaum wanita, tetapi juga kaum lelaki. Di antara wanita yang menyertai majlis itu pula, ada yang menutup aurat sepenuhnya dan ada yang tidak, khususnya tidak bertudung.

(situasi ni mmg biase kite alami..kat mane2 pun skg ni…kat negeri aku je kot yg jarang..huhu)

Majlis yang diadakan pada hari itu sebenarnya lebih memfokuskan pada perbincangan tentang kepincangan masyarakat hari ini jika diukur dari perangkaan gejala sosial dan cadangan kaedah untuk mengatasinya. Banyak perkara penting yang dibincangkan dalam majlis itu dan majlis itu tetap ada manfaatnya kepada para peserta.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dalam majlis itu. Ketika sesi pembentangan kertas kerja, salah seorang dari pembentang turut memasukkan topik kepentingan menutup aurat dalam kertas kerjanya. Topik tersebut merupakan suatu topik cabang dalam pembentangannya itu.

Ketika rehat, saya berpeluang berbual dengan beberapa orang peserta. Beberapa orang dari mereka itu adalah wanita. Antara mereka ada yang dah berkahwin dan ada yang belum. Antara mereka itu juga ada yang bertudung dan ada yang tidak. Mereka berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga akhir 40-an.

Pada kesempatan itu, saya juga turut mencuri perhatian mereka untuk bercakap tentang kepentingan memakai tudung bagi kaum wanita untuk menjadikan pemakaian mereka benar-benar menutup aurat. Di kalangan mereka yang memakai tudung, mereka memang bersetuju dengan perkara itu, manakala mereka yang tidak bertudung pula pelbagai andaian yang dibuat untuk menghalalkan tindakan mereka yang tidak bertudung.

(mmg ramai golongan yang macam ni…dah la xnak pakai tudung, macam2 alasan yang diorg bg nk tunjukkan yang diorg tu xbersalah, dan apa yg diorg buat tu xsalah..)

Mereka yang tidak betudung tetapi memberikan pula beberapa alasan bagi menghalalkan tindakan mereka itu, sememangnya amat mengesalkan dan menyedihkan. Dahlah mereka jahil dalam agama, tetapi berlagak macam orang alim sehingga gagal menyedari apa yang mereka katakan itu bukan sahaja tidak benar, malah boleh menjadikan mereka secara terang terangan menentang hukum Allah.

(sila berhati-hati dalam hal ini…kerana ini melibatkan akidah anda…jangan memandai nak buat hukum sendiri..kalau dah terang-terangan wajib, jangan nak sunatkan atau haruskan pulak..bertudung dan menutup aurat itu wajib)

Itulah padahnya apabila orang jahil merasakan diri mereka berilmu. Hujah yang diberikan yang sememangnya semata-mata pandangan peribadinya pula dikatakan seperti benar dan menepati perspektif Islam. Pada hal yang dikehendaki dalam Islam sememangnya lain sama sekali dengan pemahamannya itu.

Selain itu, yang agak mencuit hati saya pula, dua tiga orang daripada mereka yang tidak bertudung dan yang belum berkahwin itu pula memberikan alasan yang tersendiri. Pada dasarnya, mereka tidak menentang realiti bertudung bagi menyempurnakan pemakaian menutup aurat, tetapi yang lucunya mereka boleh mahu tangguh-tangguh pula.

Kata mereka, mereka tahu bertudung itu penting bagi memenuhi keperluan menutup aurat, tetapi mereka hanya mahu bertudung setelah sudah berkahwin atau apabila sudah menjadi isteri.

(woit...kalau mati sebelum sempat jadi isteri macam mane??? ...“Dah lambat dah..”>>>kata Ipin kepada Fizi ...huhu)

Saya terdiam seketika mendengarkan kata-kata mereka itu. Dalam hati saya berkata, tahukah mereka itu dengan apa yang mereka cakapkan itu? Kalau dah mereka tahu memakai tudung perlu bagi menutup aurat, kenapa pula mesti bertangguh-tangguh untuk melakukannya?

(anda tau ke sampai bile anda nak tangguh perkara ni?? Anda tau ke bile ajal anda akan tiba??...)

Selain itu, saya juga terfikir, sedarkah mereka dengan apa yang mereka lakukan itu? Tidakkah dengan bersikap seperti itu mereka juga secara terus terang telah menentang hukum Allah? Dengan itu, tidak sedarkah mereka dengan dosa dan kesan buruk yang akan diterimanya sepanjang mereka tidak menutup aurat sepenuhnya?

(lu pikir la sndiri...!!!! dosa yang anda dapat, bukan untuk anda je..tp khas juga untuk kedua ibu bapa anda yang xtau nk ajar anak mereka bertudung...pesanan ini adalah umum, dan tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..)

Jadi kepada kaum wanita khususnya mereka yang tergolong dalam golongan seperti itu, sedarlah, anda semua dan sampai umur. Jadi, tak perlulah tangguh-tangguh lagi untuk memenuhi tuntutan Islam ke atas kita sehingga apabila dah bersuami baru nak bertudung.

Sebaliknya, berfikirlah secara rasional. Jika anda mati dalam keadaan yang seperti itu, sempatkah bertaubat? Jika anda hendak mendapatkan suami yang baik pula, lelaki yang baik tentunya akan memilih wanita yang baik untuk dijadikan isterinya. Jika anda tidak bertudung, lelaki yang tertarik kepada anda pun akan turut terfikir dua kali untuk menjadikan anda isterinya kerana bertudung itu sendiri adalah sebahagian daripada ciri-ciri wanita solehah.

(see...semua lelaki inginkan wanita yang solehah untuk dijadikan isteri...kalau ada lelaki yang memilih wanita yang tidak bertudung untuk dijadikan isteri, dan selepas mengahwininya, si suami mendidik isteri agar menutup aurat, tu xpe jugak..tp kalau dah kahwin, si suami langsung xde inisiatif untuk mendakwah isterinya ke jalan yang baik, malah dibiarkan aje si isteri sentiasa tidak menutup aurat, pe cite???? Kalau ada lelaki yang sebegini, maknanya golongan ini tidak berniat untuk mengimarahkan rumahtangganya ke jalan Allah. Sebaliknya hidup just nak suka-suka...xpaham betul la..)

Jadi, berfikirlah lebih jauh dalam perkara ini. Janganlah pula bertindak berdasarkan emosi, nafsu, sangkaan yang tidak berasas dan akal yang tidak sihat. Jika tidak, anda sendiri juga yang rugi kerana gagal untuk mendapatkan lelaki yang baik sebagai suami kerana kegagalan anda sendiri dalam membezakan antara yang benar dan yang batil.

(renung-renungkan...dan selamat beramal...)

Kiriman, Hamba Allah, Larkin, Johor.