CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 13, 2009

Purest of Pain



Actually, aku dah lama nk create blog aku sndiri, sbb slalu duk tgk blok membe2, cm best jek…huhu…tp masa dan ketika memang tidak pernah mengizinkan.

Lately, byk sgt peristiwa yg terjadi dalam kehidupan aku. Mostly, yg sukar untuk dilupakan (ada gak yg cam susah nk terima.. tp dah takdir, nk buat cmne kan). Dah xtau nk ngadu kat sape…uhuk uhuk… (aku ni jenis yg xbyk ckp, kalo ada masalah pon aku pendam jek, assume xde la konon… sbb kalo nk cite kat sape2, mmg jarang giler2 r..that’s me).

Segalanya bermula dengan keadaan kesihatan mama aku yg pada awalnya hanya demam2 biase jek… Dia stat demam sejak lepas raya pause tahun lepas lg (2008). Dia selalu sgt demam dan nampak cm xlarat. Aku mmg kesian tgk mama sejak dia mula2 xsihat tu. Bygkan setiap hari dia akan demam dan menggigil…(mcm demam malaria kot…) setiap hari.. dah berpuluh2 kali abah bwk g klinik n hospital, doctor ckp xde ape pon yg siyes… tp pelik la kan, demam berlarutan cmtu.. setiap kali pegi jumpa doc, dua tiga botol (botol kecik la rasanya…) darah mama yg diambil.. naik pucat la mama aku. (hmm..satu lagi, sejak dia mula demam, dan demam, demam, dan demam lg tu, dia mmg pucat..mcm kurang darah). Walaupun berbotol2 darah yg diambil, still kate doc my mom xde pape yg siyes. Ntah pape tol r diorg ni. Mcm mane leh ckp mak aku xsakit pape sdgkan keadaan dia mmg nmpak teruk, dgn muka pucat dan tubuh badan yg xbermaya. Keadaan mama berlarutan cmtu hampir 3bulan. Sampai la 6hb jan 09, hari tu my mom perlu jumpa doc, sbb ada temujanji.. temujanji utk ape ntah la, aku mmg dh naek bengang ngn doc kat spital tu. Ari tu ari selasa, aku ingat lg,time tu aku tgh dlm kelas arab, adik pompuan aku sms aku ckp mama masuk wad kat Hospital Tanah Merah. Terkejut giler aku sbb seumur hidup mama aku tu, dia langsung xpenah dimasukkan ke wad (melainkan mase lahirkan adik lelaki bongsu aku, yg skg ni dah umo 13tahun..tu pun duk dalam wad 2,3 malam jek) Bukan ape, susah nk terima jugak la, kalo pape yg xdijangkakan berlaku, tetibe berlaku kat insan yg paling kite sayangi dalam hidup ni. Tp menurut adik aku tu, mama admitted sbb tekanan darah tinggi dia naek giler2.. (my mom mmg ada penyakit tu sejak dlu lg, n mmg keturunan dia mostly ada penyakit tu… arwah nenek n mak long blah mama aku meniggal sbb penyakit tu) naek risau aku dibuatnya… aku cuba utk tenangkan diri, xnak pk bende yg bukan2. Sbb mase tu aku bru je stat sem baru ni (sem4). Mula2 tu rasa nk jugak balik time tu jugak, tp bile pk byk kali, aku tangguhkan dlu niat tu. Lgpun tambang bas dh naik tinggi giler, mcm tambang flight lak. Pastu, aku rilek r, sbb aku xnk pk bukan2 n harap my mom will be ok in a couple of days…

Then, ptg ahad, 11hb jan, adik aku gtau mama dah dihantar ke HUSM Kubang Kerian (hospital ni tempat utk pesakit2 yg dah xdpt dirawat oleh spital2 biase). Terkejut giler aku, sbb aku ingatkan mama akan bertambah ok. Tp kalo dh sampai husm dia dihantar, means that my mom bukan sakit biase. Lagi terkejut bila adik aku bgtau yg mama disahkan menghidap penyakit leukemia. Cm mimpi jek. Yela, apa yg aku takutkan sgt dah terjadi. Aku pun selepas menangis seketika, terus aku call sedara aku yg tinggal kat kajang utk belikan tiket bas. Aku nk balik mlm tu jugak, tp malangnya tiket utk mlm tu xde. Pg esoknye baru ada. So pg esoknya sedara aku tu dtg jemput aku awal2 pg lg, sbb bas yg aku naek tu bertolak dr kajang kul830, tambah ngn jam lg nk smpai kat hentian kajang tu. Aku smpai kat umah dlm kul6 ptg. Ditambah lg dgn segala mcm halangan dan rintangan, ari rabu baru le aku dpt pegi ke husm tu utk tgk mama. Ari selasa, sari sebelum tu, aku ngn adik lelaki aku yg berumo 19 tahun tu g jenguk adik lelaki bongsu aku, Ashraf. Dia baru je dihantar belajar kat sekolah pondok di Lubok Tapah, Pasir Mas. Dia dpt 3A mase UPSR, but my parents xnak dia blaja dlm sekolah biase, sbb nk dia jd hafiz. Mase aku g tgk dia tu, dia bru je 20 hari kat situ. Mama ngn abah pesan kat kitorg spy jgn gtau psl keadaan mama kat dia, sbb xnk ganggu emosi dia. Kalo dia tau mama sakit, mesti dia mengamuk nk balik, sblum ni pun dia mmg slalu homesick… lagipun, pelajar baru cm dia tu, kene tgu 41hari baru leh balik umah, sbb nk bg serasi ngn suasana pondok tu dlu. Ari rabu tu, aku, Fadhli (adik lelaki aku yg umo 19tahun tu), ngn maksu pegi la ke wad husm. My mom diletakkan di Wad 1 Timur Depan. Wad ni mmg utk pesakit-pesakit kanser. Aku tgk, mama ok jek, cm biase (mcm mase dia duk mula2 sakit dulu). Still larat utk berjalan sendiri ke tandas, dan kalo ada yg dtg melawat, dia x baring je, tp duduk. Mula2 tu, aku ingat nk jg mama dlm 2,3 ari, tp keadaan xmengizinkan. Rumet aku ckp, dr.Taufik (merangkap P.A aku) xnk terima surat utk bukti ketidakhadiran ke kelas aku mase aku balik tu). Apa lagi, menangis lah aku mengenangkan yg aku terpaksa balik upm tanpa sempat menjaga dan melihat mama aku lebih lama. Sedih sgt.. dah la adik2 kat umah xde sape yg jaga. Nk harapkan abang long aku, dia pun kene keje. Yela, sejak mama sakit, abah langsung x g keje. Abang long je la yg keje. (sejak mama sakit, n lebih2 lg sejak mama ditahan di wad, abang long dh nampak lebih matang kalo nk bandingkan dgn dlu. Ko pk la sndiri, dh mmg tanggungjawab anak sulung utk gantikan abah dlm keadaan cmni. Tanggungjawab ko, bukan aku, long…) aku smp kat upm pg jumaat (16hb jan), so 4 ari jugak la aku x g kelas, tp nasib baik aku dpt surat dr nurse yg bertugas kat wad 1 TD tu, n naseb baek la diorg tu cm baek2 jugak.

23hb tu pulak, aku balik lg, sbb aritu dh stat cuti midsem+Chinese new year.. aku smpai ptg jumaat tu, n bercadang nk g hospital pg esoknya, sabtu. Tp ade la sorg cousin aku ni, dia keje kat Kota Bharu, n mlm tu dia nk balik KB. Makcik aku, iaitu mak cousin aku ni, suruh la dia tumpangkan aku sekali n anta aku ke husm. Aku pun dgn suka dan rela hatinya setuju dgn cadangan makcik aku tu. FYI, cousin aku ni hensem, n baek..n lemah lembut kalo bercakap dgn org, berbudi bahasa… kalo nk citekan mmg byk..hehe.. aku ni pemalu sket dlm family, so kalo ngn cousin lelaki mmg aku susah sgt nk bercakap. Tp mlm tu terpaksa la aku kurangkan sket malu aku tu, dh tumpang kete dia utk ke husm. Bukan dekat, jauh tau dr jeli nk ke kb. Dkt 2jam jugak la naek kete.. huhu…

Smpai kat husm, abah aku turun jemput aku, sbb mase tu dh tgh malam (dlm kul1 pg).. ptg tu, mase abang long g tgk mama, dia gtau aku yg mlm tu mama kene pindah wad, naek ke tingkat 3. Mmg aku x expect pape. Tp bile smpai mlm tu, agak terkejut jugak la sbb bilik yg mama aku duduk tu, adalah wad isolation. Mase tu aku xphm lg ape tu isolation dan kenapa pesakit diletakkan dlm wad tu. My mom said dia n beberapa lg pesakit wad 1 TD tu terpaksa dipindahkan sbb tandas dlm wad tu rosak. Aku lega sket la, mama kena pindah just sbb tandas kat bwh tu rosak. Tp heran jugak, takkan dh xde wad laen smpaikan mama diletakkan dalam bilik isolation tu. FYI, bilik tu ber-air cond yg kesejukannya tahap ais. Mmg tdo kene pkai baju 3 lapis n blanket 2 lapis. Dah la siap kene pakai mask dgn jubah putih lg utk masuk tu. Tp kat dlm wad tu, para peneman disediakan dgn kerusi malas utk tido mlm, so selesa jugak la aku tdo mlm tu, walaupun sejuk smpai nk naek beku tangan dan kaki aku ni. Satu lg, kat wad tu, (lupa lak, nama wad tu Wad 3 Selatan)..Mlm tu, abah aku tdo berhampiran dgn wad ICU kat tingkat 1 sbb ada sepupu aku, yg duk kat situ sbb menunggu anak sulung dia yg sedang tenat dlm wad ICU tu. Amirul Aidil. Kejap lg aku aku ceritakan pula psl penderitaan si kecil ni sepanjang 20hari dia di wad. Huh…penat dah ni…

Mlm keesokannya, abah aku lak yg jaga mama, n aku lak g tdo kat sepupu aku n wife die n anak bongsu dia umo 10bulan, kat beranda berhampiran wad ICU tu. Cm merempat pulak..huhu..tdo beralaskan tikar, xde selimut, kat beranda, and sebelah depan tu pulak..jeng.jeng.jeng…ada bilik mayat……huhu.. tp xseram pun, sbb mmg ramai yg tdo kat situ, yela sbb dlm wad ICU peneman or penjaga mmg xdibenarkan tdo di dalam wad, bersama pesakit. So Kak Ita, wife sepupu aku tu ngn Akim, baby dia yg umo 10bulan tu pun tdo kat beranda tu..sian lak baby tu..

Ari ahad, dlm kul2 cm tu la, nurse kat wad tu gtau aku yg mama aku dah boleh turun semula ke wad 1 TD…huh, lega deh… aku dah xpyh menderita kesejukan lg. so bergegas la aku kemas brg2 mama, yg dh makin byk giler tu utk trun semula ke wad bwh. Brg2 tu nurse yg tolak ngn troli dia, so xde la penat sgt aku ni..huhu..wad 1 TD tu wad biase, so xde la sesejuk wad isolation tu, n aku pun xpyh la pkai mask n jubah lg. tp aritu, aku byk abiskan masa kat tepi wad ICU tempat Aidil tu, sbb aritu mama akan dibawa utk diCheck paru2 dia, kalo2 ada masalah kat dlm tu. Doc ckp, diorg takut sel2 kanser tu dah merebak ke paru2 my mom sbb dia selalu batuk. So abah aku la yg temankan mama aritu, smpai la selesai apa yg doc tu nk buat kat mama aku. Tp Alhamdulillah, semuanya ok. Sel2 kanser tux de pond lm paru2 my mom. Abah aku ckp, mase diorg wat tu kat mama aku (aku pun xtau nk ckp ape yg diorg wt tu….) mmg la dia bg ubat bius, tp menurut abah aku yg juga dpt melihat apa yg dirg wat kat mama tu, walaupun dari jarak yg agak jauh, diorg masukkan tiub yg ada kamera tu ke dalam paru2 mama, melalui hidung n kerongkong. Tp lepas dh selesai sume tu, dlm kul4 lebih kalo xsilap, my mom dh sedar semula, n 2,3 ari jugak dia ckp hidung dia sakit..huhu…tp Alhamdulillah la sbb sume ok.

Berbalik pade cite si kecil Amirul Aidil. Umo dia baru 3 tahun lebih, dan dia ada sorg abang kembar. Kiranya, Aidil ni dilahirkan kembar, tp kembar xseiras la, sbb muka dia lain sket drp abang kembar dia, Amirul Aiman. Si Aidil ni, mata dia bulat, abang dia, Aiman lak, mata sepet.huhu…tp dua2 mmg comel. Sejak hampir setahun yg lalu, terdapat suatu benjolan di bahagian bawah pinggang Aidil ni. Tp mula2 tu, Kak Ita n husband dia xde la syak pape, sbb Aidil pun xde la mengadu yg benjolan tu menyakitkan. Ada jugak la yg diorg bwk Aidil pegi berubat secara tradisional, tp cm xde perubahan pun. Lepas dah hampir 10 bulan benjolan tu wujud, Aidil nampak cm selalu penat, n kadang2 lelah (asthma). Pada 5hb jan, sehari sebelum mama admitted kat hospital Tanah Merah, Kak Ita n husband bwk Aidil ni pegi jumpa doc, kat klinik swasta. Then doc tu maybe nmpak benjolan tu agak siyes, dia wat la surat utk Kak Ita bwk Aidil ni pegi jumpa doc pakar kat Hospital Kota Bharu. Then bile dah dpt surat tu, diorg pun balik umah la berkemas dan bersiap utk ke KB. Adik yang bongsu aku, Nana balik umah, gtau mama, kalo nk g tgk Aidil pegi la kejap umah dia, sbb Kak Ita dah nk bwk Aidil pegi Hospital Kota Bharu, jumpa doc. Aidil sendiri pun mase tu dah nampak pelik, maybe sbb dia dah xtahan dgn kesakitan yg dia sendiri xphm mcm mane n kenapa,. Mase tgh maen kat umah makcik aku, iaitu nenek si kecil ni, dia sendiri yg ajak mama dia balik n dia ckp nk g hospital. Mmg bende2 cmni xde sape yg perasan. Tp mama aku xdpt nk g tgk Aidil, sbb dia sndiri pun xlarat. So xdpt la mama aku tgk Aidil sbelum dia dibawa ke hospital.

Bila dh jumpa doc, memang mengejutkan dan sgt2 menyedihkan. Selepas di x-ray, doc mengesahkan bahawa benjolan pelik kat bwh pinggang Aidil tu adalah kanser. Mmg sgt2 menyedihkan, bygkan kanak-kanak kecil cm Aidil tu menghidap kanser. Mcm mane la dia nk hadapi penderitaan dan kesakitan tu. Then, doc mintak kebenaran parent Aidil utk ambik sket tisu benjolan tu utk dikaji, nk tau kanser mcm mane n tahap mane. Nk x nk, sepupu aku n wife dia bg la, sbb mengenangkan anak kecil mereka yg disahkan sakit tu. Doc buat pembedahan ke atas Aidil, utk amik tisu kat bwh pinggang dia tu, dlm 2 cm je kot yg dia ambik. Pastu, lebih menyedihkan, keadaan Aidil yg selama ni selalu penat n lelah, adalah disebabkan paru2 sebelah kirinya yg disahkan hampir rosak dan gagal berfungsi. Selain kanser otot, Aidil juga disahkan menghidap paru2 berair. Kesian si kecil tu, penderitaan makin bertambah. Ujian buat Kak Ita n sepupu aku tu makin berat. Disebabkan air dlm paru2 Aidil terlampau byk, doc terpaksa membuat/menebuk satu lubang kat rusuk blah kanan Aidil, dan tiub dimasukkan melalui lubang tersebut utk menyalurkan keluar air yg terlampau byk dlm paru2 die. Sejak pembedahan pertama lg, Aidil telah ditempatkan ke wad ICU. Sejak tiub tu dimasukkan ke dalam badan Aidil, dia mmg sentiasa diberikan ubat tidur, supaya dia sentiasa tidur. Mane tidaknya, kalo dia xdiberikan ubat tidur, dia akan menjerit meminta tiub di rusuk kanan dia tu ditanggalkan. Dan sudah tentu Aidil akan merasai kesakitan akibat daripada kondisinya ketika itu. Mula2 tiub tu dimasukkan, mmg ada jugak la air dr paru2 dia yg keluar, tp makin lama makin kurang.. mcm xdpt nk disalurkan keluar. Doc ckp pemeriksaan lanjut perlu dibuat. Sepupu aku tu pun pasrah je la. Dah xtau nk buat ape, ikut je apa yg doc ckp. Bile dah diperiksa, didapati terdapat suatu ketumbuhan dalam paru2 kanan Aidil yg menyebabkan air tidak dapat keluar melalui saluran tiub yg dipasang. Setelah 17 hari berada di wad ICU Hospital Kota Bharu, Aidil kemudiannya dipindahkan ke wad ICU HUSM (Kubang Kerian). Mcm aku ckp sebelum ni, HUSM ni tempat utk pesakit2 yg mana hospital lain dah xdpt nk terima, n dah habis ikhtiar. So bermula aritu la, Khamis, 22hb jan, Kak Ita n keluarga ber’kampung’ di luar wad ICU tu. Abang kembar Aidil, iaitu Aiman ditinggalkan kepada makcik aku kat kampong, sbb susah nk jaga dua2 anak lelaki yg nakal n aktif kat tempat cmtu. Aiman mmg duduk ngn nenek dia sejak mula Aidil dimasukkan ke wad lg. Maknanya sejak tu lah dia dipisahkan daripada kembarnya.

Mase kat ICU hospital KB lg, muka n badan Aidil dah sembab. Doc ckp, badan dia dah x boleh nk terima protein, dah xboleh nk berfungsi dengan baik. Paru2 sebelah kanan dia mmg dh rosak teruk. Boleh dikatakan memang dh x berfungsi. Pernafasan dia pun bergantung kepada mesin. Kak Ita ckp, nyawa Aidil skg hanya dibantu oleh mesin tu. Bayangkan la pesakit dlm wad ICU, dengan wayar penuh badan. Mmg menyedihkan. First time aku tgk dia kat dlm wad ICU tu, mmg dah xde rupa Aidil.. dengan muka dia yg sembab, dengan badan dia yg dah kembang sgt2 sbb air dimasukkan xhenti2. Pernafasan Aidil hanya dibantu oleh mechanical ventilator melalui endotracheal tube or tracheotomy opening; dgn cardiac monitor lg termasuk telemetry, external pacemakers, dan defibrillators; pastu ada feeding tube yg dimasukkan melalui hidung dia, nasogastric tubes, suction pumps, drains and catheters; and a wide array of drugs to treat the main condition tubuh badan dia, utk induce sedation, reduce pain, dan prevent secondary infections. Pesakit kanser mmg memerlukan rawatan rapi utk mengelakkan komplikasi yg lain.

lebih kurang cmni la keadaan arwah mase kat dlm ICU..gamba hiasan je ni..

Ari ahad tu, Aidil telah menjalani rawatan kemoterapi sbg salah satu usaha untuk mengatasi kansernya.

Dlm 2 mlm jugak la aku sempat tidur dengan Kak Ita, dan beberapa kali jugak masuk ke dlm wad sewaktu masa melawat utk melihat keadaan dia. Aku dapat melihat betapa Aidil terpaksa menahan kesakitan tubuh badannya apabila matanya sering basah dan air mata menitis dari mata dia. Kak Ita ckp, Aidil sentiasa rasa kesakitan tu, walaupun dia sentiasa tidur. Cuma dia xdpt nk express perasaan sakit dia tu. Sbb dia sentiasa diberikan ubat tidur.

Pada pagi isnin, 26hb jan, aritu cuti raya cine, tp aku xrase cm cuti pun, sbb keadaan yg berlaku time tu menyebabkan aku rasa cm aku sebahagian daripada situasi tu. Mlm sebelum tu, Akhmal Akim, adik kepada Aidil meragam, mcm xsihat, asyik menangis je. Smpai tgh malam dia mcm xsenang duduk. Mase tu aku dah tido. Biasanya Kak Ita akan masuk ke dalam wad utk melihat Aidil dalam kul12 tgh malam n bacakan Surah Yasin utk Aidil sebelum tidur. Tp malam tu disebabkan Akim meragam, Kak Ita xdpt nk masuk tgk Aidil dan bacakan Yasin utk dia. Lebih kurang dalam pkul 2.30 pg, nurse dtg cari Kak Ita, suh masuk dlm wad, sbb keadaan Aidil dah kritikal sgt. Dlm kul 6lebih, aku yg mase tu tgh tdo, n mamai2 lg. tetibe aku dikejutkan oleh kelibat Kak Ita dan Abang Dan yg tgh dukung Akim. Kak Ita rupa2nya baru keluar dari wad, dengan esak tangis. Dalam mamai2 tu, aku dpt memahami apa yg dah berlaku. Abang Dan tanya Kak Ita, Aidil mcm mane, dan apa yg berlaku, pastu dengan suara yg tersekat2, Kak Ita ckp Aidil dah xde… Aku yg mase tu dah segar dek kejutan tu, terus masuk ke dalam wad. Mase aku masuk tu, aku lihat doc n nurses tgh tanggalkan sume wayar yang byk2 kat badan dia. Then aku lihat bibir Aidil yg semalam merah disebabkan kemo yg dijalaninya, dah bertukar jadi biru. Baru aku paham, yang Aidil betul2 dah pergi. Amirul Aidil yang selama ni disayangi semua orang sebab kecerdikan dan kecergasan dia yang baru berumur 3 tahun tu sudah pergi meninggalkan kami semua. Aku terpaku jap mase tgk die tu, susah nk percaya. Nurse tu panggil aku utk tgk lebih dekat lg. Tp tgk je la, dh xleh nk buat ape dah. Allah lebih sayangkan dia. Mase aku tulis ni, n nk review balik semua kejadian tu, air mata aku xhenti2 mengalir..(mase tu rumet aku xde kat bilik..huhu). Sedih sgt bila kenangkan Aidil dan semua penderitaan dia sepanjang 20 hari dia berada dlm wad ICU. Sejak dimasukkan ke wad ICU, 3 ari je yg Aidil bukak mate n boleh bercakap.. mase dia x diberikan ubat tidur tu, nurse2 kat hospital KB tu sume suka sgt kat dia. Mane x nye, Aidil ni byk mulut. Bila dia lihat patieant lain, mesti dia akan tanya abah dia, yang tu kenapa, yang ni kenapa… doc ckp, dlm ramai2 patient kanak-kanak dlm wad tu, dia je yg tanya bende2 cmtu. Yela, budah umo 3tahun ape la sgt yg diorg tahu. Tp Aidil ni istimewa sket, sejak dia pandai bercakap, dia dah pandai sebut nama2 haiwan dalam bahasa Inggeris sbb dia senang belajar n mudah ikut apa yg orang ajar. Abang kembar dia, si Aiman tu laen sket, cm lembab sket..(bukan nk kate la, tp disebabkan Aiman dijaga oleh grandparent dia, yg xde la care sgt2 kat dia, dia cm susah sket nk phm n belajar). Aidil sgt aktif kalo nk dibandingkan dgn Aiman. Kdg2 tu, hyperactive. Mama ckp, yg istimewa tu selalunya Allah bg pinjam kejap je. Memang… Allah lebih sayangkan dia. So kami semua redha dengan pemergian Aidil, walaupun mmg pada awalnya susah nk terima. Mama aku lak, disebabkan xdpt nk g tgk Aidil mase Kak Ita nk bwk dia g KB, xtau la bile last time die tgk Aidil. Tp yg pasti selama 20 hari Aidil kat ICU, mama langsung xdpt tgk die. Yela, cmne nk tgk, mama aku pun sakit jugak, n duk dalam wad jugak. Dah tu lain2 bangunan, cm jauh jugak la… Skg ni, kalo rindukan Aidil, kami tgk gambar2 die je la. Bile tgk gambar, teringat mase lalu, mase Aidil masih ada. Kdg2 tu susah nk percaya, Aidil dah xde.


Lepas dh setel sume, jenazah Aidil dibawa pulang ke rumah makcik dia kat Bachok. Aku pun ikut Kak Ita balik jugak la. Mase nk tgu sume sedara mara smpai, aku la yg jage jenazah dia. Lap air yg xhenti2 mengalir dari hidung dan mulut dia. Kepala dia dah besar sgt, dan mase nk betulkan kepala dia, aku pegang kepala dia, lembik je, cm belon. Penuh dengan air. Sementara tgu mase nk mandikan n sembahyangkan arwah, aku sempat bacakan surah yasin 3 kali utk arwah. Lapang sket dada aku time tu. Dah mula redha ngn apa yg berlaku. Nenek n atuk Aidil smpai dlm kul11 lebih dengan membawa abang kembar Aidil (jenazah dah dibawa balik ke rumah dlm jam7 pg lg). Kak Ita pangku Aiman, tunjuk kat dia yang adik dia dah xde. Tp Aiman tu cm xreti lg …(mybe sbb dia masih terlalu kecil utk memahami sebuah kematian dan suatu kehilangan, or maybe sbb dia sudah terlalu lama dipisahkan daripada adik kembar dia tu..ntah la). Tp makcik aku ckp, beberapa hari sebelum Aidil menghembuskan nafas terakhir, Aiman demam. Maybe dia dpt rasakan jugak penderitaan kembar die tu. Dan Akim meragam malam sebelum Aidil meninggal tu pun jadi petanda. Cuma kite je yg xsedar. Mase arwah kat ICU KB, time die sedar tu, dia ada bgtau abah dia, bile die kuar daripada hospital nnti, dia nak beli mainan. Abah dia tanya la nk mainan ape, then dia ckp nk mainan kete…kete mayat (kete jenazah). Semua org xperasan, abah die sendiri pun xperasan, lepas arwah dh xde sume peristiwa tu dtg balik, sebenarnya semua tu berlaku utk mengingatkan kita, yg Aidil akan dijemput mengadap Penciptanya, tp kita manusia biase ni xdpt nk memahami.

Amirul Aiman dan Amirul Aidil...pic ni mase diorg bru masuk 3tahun...

Bila dah setel sume, aku ikut maksu balik ke Pasir Mas, sbb aku dh xdpt nk jaga mama. Yela, kalo aku dan abah dua2 ada kat spital, salah sorg dh xde tempat nk menumpang. Sorang je yg leh tdo dlm wad dkt mama aku. Huhu.. so aku terpaksa la menghabiskan cuti yg ada beberapa hari lg kat umah maksu aku. Ari jumaat, 30hb jan, sekali lg mama aku dimasukkan ke wad isolation tu, kali ni bukan sbb tandas rosak. Tp disebabkan keadaan dia yg agak lemah. Ari tu jugak, mama aku mula menjalani kemoterapi. Mula2 tu risau jugak, org ckp kemo ni sakit, tp mase aku g tgk mama ari sbtu tu, mama ok je. Dia ckp sebotol kecik ubat kemo tu, diimbangkan dengan 6botol besar sodium chloride, so mama aku xrasa sgt la penangan ubat kemo tu. Ubat tu, my mom said, pekat dan panas… tp sepanjang seminggu kemo tu, my mom ok je. Alhamdulillah la.. tp skg ni mama xleh balik lg, sbb keadaan dia xstabil lg. Nurse tu ckp, lepas kemo, kandungan sel darah putih dalam badan mama berkurangan sgt2, n perlu dikawal rapi. Sbb tu la mama ditempatkan dalam wad isolation, sbb dia xboleh terdedah kpd kuman2 dari luar. Bila darah putih berkurangan , pertahanan badan juga lemah. So pesakit akan lebih terdedah kepada penyakit lain spt demam. Hope mama akan sentiasa kuat dan cepat stabil. Nnti leh balik umah. Huhu… dah lebih sebulan mama xbalik umah. Sian gk la kat die, dh naik boring hari2 ngadap muka nurse, doc, kene makan ubat, kene inject (setiap hari dia akan demam, dan setiap kali demam doc akan dtg amik darah..seksa deh).