CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 03, 2010

Jiwa kacau...






Jiwa benar-benar kacau, lately.. Serius! Masalah tiba pada masa yang agak kurang tepat. Kalo masalah kecil yg boleh aku handle macam bese, xpe.. Tapi rasanya, amat berat ujian yang menimpa. Bukan sekadar ujian sebenarnya, ini adalah pengajaran. Balasan untuk setiap kekhilafan dan ketelanjuran dalam meniti hidup penuh godaan. Aku akui, aku amat lemah. Sehinggakan semuanya terjadi jauh menyimpang dari keinginan, hanya kerana kedegilan hati yang sentiasa mengikut perasaan dan menurutkan segala kemahuan. Padan muka aku!


Aku takde tempat nak mengadu. Setakat nak memberitahu, dan menunggu, boleh la... Tapi nak harapkan semuanya berjalan lancar, payah sket.. Naik bingung aku dibuatnya. Nasib baik la aku berada dalam situasi yang agak ok, orang yang sepatutnya berada di samping aku time-time aku dalam keadaan mcm ni, ada dengan aku.. Walaupun bukan di sisi, tapi kewujudannya serta komitmen dan perhatiannya membuatkan aku kuat. Walaupun takde la kuat sangat, tp at least aku ada tempat nak bergantung...


Tak tau pe lagi nak tulis.. Life s****!!!!!!






Friday, January 15, 2010

Arini....




Dari tadi lagi sebenarnya, aku nak tulis ni.. Tapi mcm takde kesempatan sangat sebab skg ni aku ada kat umah kwn aku and supposed to aku kene la behave myself (hahaha... aku tergelak sendiri..) Nak tau nape? Jap lagi aku cite...



Arini....


~~ Bgn subuh agak lewat (perlu ke aku mention kat sini??....) sebab mlm tadi aku tido kul3.30. Sebelum tu aku dah tido, then dlm kul2 member kejutkan aku bgn solat.. Huhu.. Pas mandi+solat, aku siapkan surat yg nak kene emel kat penyelia utk maklumkan sebab pertukaran tajuk PTA kitorg.. Kul3.30, lepas siap emelkan surat tu, baru aku tido..




~~ Aku tibe2 je terbatuk.. Mmg dah lama gile aku rasa aku tak batuk.. Tak sihat ke kalo aku langsung tak batuk ek???? Huhu.....




~~ Aku kene bebel dgn kawan aku, sbb terlalu risaukan berat badan aku. Memang lately, aku byk makan, n rumet aku pun ada jgk gtau aku yg dia selalu perasaan yg aku agak kuat makan skg ni... Duk dlm bilik, asyik mengunyah je.. Huhu.. Siyes aku risau takut berat badan aku naik, sebab badan aku pun ada nampak sket2 berisi (yeke??....) Nak kate aku senang hati, takde la sgt.. Byk masalah skg ni.. Terlalu byk sebenarnya..... Huhu.. Aku memang dah lama tak timbang berat badan aku. So memang skg ni agak takut utk timbang.. (takut kalo naik mendadak, kompem aku kene g joging kat Bukit Ekspo... Haha.. Aku malas weh!!) Then, ptg td, mase kawan aku takde kat bilik, aku curi2 la timbang berat aku... Takut jgk nak tgk, tp lega siot bile tgk angka kat penimbang tu... Haha... Rupanya berat aku still maintain.. Takde la naik sangat.. Tak naik pun, trun 1kilo dr dulu ada la.... Siyes aku lega... Haha...




~~ Bermula awal tahun 2010 ni, setiap kali weekend aku mesti akan ke sesuatu tempat. Dan semestinya weekend aku memang amat2 bermakna skali.. Dan kali ni, weekend aku bukan sahaja memberikan makna, bahkan sangat menyeronokkan dan membahagiakan.. (Walaupun ada secebis rasa tak sedap hati dlm diri aku, sebab terlalu merindui si dia yg sgt tak berkesempatan nak meluangkan masa utk aku... Biarkan dia.. Aku pantas utk bahagia, biarpun bukan dengannya.. Huhu......) Lupakan psl tu... Skg ni, aku ada kat umah kawan lama aku kat Kolej17 UPM.. Walaupun sama2 kat UPM, tp kitorg jarang sgt jumpa sebab kolej 17 ni separate dr main campus. Kolej 17 ni adalah untuk student Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, sebelah Hospital Serdang.. Kawan aku ni amik Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti.. Sebut pasal aku kat sini, memang shock sket.. Haha.... Mane tak shock nye, housemate kawan aku semua cam kpale sengal sket.. Bising gile umah ni.. Siyes aku memang suka dan selesa.. Diorg ramah and sporting gile.. Best dowh!!! Hehehe... Ptg tadi, tgh syok aku ngn Picu duk depan laptop, tetibe ada sorang housemate dia ni ajak kitorg g pasar malam.. Huhu... Pasar malam adalah antara tempat yang aku sangat tidak suka utk pegi, dan memang tidak pernah pergi.. Kalo ada pun, boleh bilang dgn jari je kot bape kali aku ke pasar malam sepanjang aku hidup. Bukan aku pandang lekeh tempat mcm tu, tp aku ni jenis yang tak suka tempat2 yang crowded, dan tak suka beli kat tempat mcm tu.. Bukan aku poyo sgt, tp aku mmg cmni.. Huhu... Bazar ramadan pun, bape kali je aku g sepanjang kat sini.. Puasa yg baru2 ni, langsung tak g..



Ok.... Masa kwn kpd kwn aku tu ajak, aku memang berkeras taknak pegi.. Siot.. Haha... Tapi akhirnya aku tewas bila Picu memujuk.. Selalunye aku susah nak makan pujuk.. Ntah ape yg dia cakap td, sampai aku tetibe je rase nk pegi.. Actually, memang sepanjang aku kat sini, aku tak pernah pegi round2 sekitar area Serdang ni.. Huhu.... Dah masuk 3tahun aku kat sini.. Dan skg ni, dah nak abis blaja pun.. Arini, aku didedahkan dengan satu fakta oleh Zatty, kawan lama aku kat matrik yg sama umah dgn Picu (Picu ni kawan aku sejak form3..).. Fakta ini mengatakan bahawa, Serdang memang terkenal dengan pasar malam, dan juga pasar-pasar yang wujud walaupun bukan di waktu malam.. Huhu.. Siyes aku tak penah amik tau..



Masa sampai kat tempat tu, memang agak janggal la bg aku.. Memang aku tak biasa dgn tempat2 mcm tu.. Tempat yg ramai orang, memang aku susah nak pegi, and kalo boleh memang aku akan elakkan.... Huhu... Aku tak nak cite byk ape yg aku alami kat situ, tapi natijahnya, byk duit aku dihabiskan arini... Hahaha.. Sengal!! Lain kali aku nk pegi lagi r... Haha... Best jgk round2 kat situ, dan satu2nya sebab adalah aku pegi dgn Picu.. Satu2nya kawan aku yang takkan buat aku boring. Dia guide aku utk beli itu dan ini. Dan aku semestinya mcm budak kecik yg agak jakun bila berada di tempat tu.. Sampaikan nak beli makanan pun, Picu yang beli dan bayarkan.. Haha.. Nak tergelak pun ada.. Pengalaman manis arini.. Manis jgk la.. Sebab aku dpt join geng Picu yang havoc.. Aku suka sgt.. Lain kali nak datang lepak kat sini lg r.. Huhu...



~~ Arini, aku dah dapat download dan install Google SketchUp Pro 7 utk projek aku.. Tapi tak berkesempatan nak stat jadi arkitek lagi nih, sebab busy dgn bnde lain.. Huhu... Next week dah nak kene anta system design.. Penat pale otak nak mikirkan psl ni.. Slow2...





Nak rehat dulu... Penat round pasar malam.. Hahaha.... =) Chow!!







Thursday, January 14, 2010

Untitled # ntah bape +++....





Untuk awak yang sentiasa menanti update kat blog ni... =D




"Saya tak tau mcm mane nak mulakan. Saya pun tak pasti apa yang saya nak luahkan ni... Tapi saya dah janji dgn awak, nak tulis kat sini. Semalam lagi.. Tapi arini baru saya buat, sebab awak bgtau yg pagi td awak bukak blog ni, tp takde pape pun yg baru... Huhu.. Maaf sgt2.. Lately saya memang busy, dan sangat penat..



Sejak hampir 100 jam yang lalu, saya rasa amat bersalah dgn awak. Mungkin awak tak rasa, atau awak saje je buat2 tak perasan. Tapi saya tau, dan saya nampak awak lain sgt lepas saya bgtau awak psl tu.. Saya mintak maaf sangat2.. Mungkin apa yg saya katakan aritu terlalu berterus terang (walaupun bukan semuanya saya terangkan...), tapi percayalah, saya langsung takde niat nak guris perasaan awak (kalau la awak rasa terguris, saya mintak maaf sgt2...).



Saya cite kat awak tentang dia. Saya tau awak tak suka untuk ambil tahu.. Tapi saya cuma nak meluahkan, sebab awak satu2 nya insan yang ada untuk dengar cite saya.. Saya tak berniat apa2.. Cuma nak berkongsi.. Saya tau awak tak selesa (maybe....), tapi awak tak tunjukkan. Awak buat mcm biasa je.. Tapi awak, saya tau dan saya dpt agak apa yang awak rasa. Sebab, saya pun rasa bende yg sama...



Saya cuba buat andaian, tapi andaian yang saya buat ni adalah berasas. Bukan main2 je saya mengandai.... Saya cuba untuk tafsirkan dari cara awak, dan saya dapat memahami, tapi saya tak mampu nak buat apa2. Saya tak mampu nak bertanya, tak dapat nak meluahkan rasa..... Saya tahu, awak berlagak macam biasa bila saya cite tentang semalam. Tapi saya tak dapat agak apa persepsi awak terhadap saya. Saya takut awak fikir bukan2 tentang saya. Semua ni berlaku tiba2 je dalam hidup saya. Sebenarnya, saya bukan mcm ni.. Ini bukan saya... Tapi entah kenapa, sejak mengenali awak, semua ni terjadi dalam hidup saya....



Saya emel awak, tapi awak tak balas... Saya sedih (erm, sedih jgk la...). Huhu......



Saya nak sangat citekan semuanya pada awak. Tapi saya takut nanti bila awak dah tahu semua tu, awak dah tak nak kawan dengan saya. Saya rela untuk pendamkan segalanya, agar saya takkan kehilangan awak. Walaupun apa yang saya pendam ni, akan menyeksakan jiwa dan raga saya. Saya rela... (Ayat jambu siot!!)..



Saya tak tahu apa lagi nak tulis.. (^_^).... "







Huhu.. Tadi g jumpa supervisor utk tukar tajuk projek. Nasib baik dia tak banyak songeh and terus proceed dgn projek baru kami.. Jap lagi nak kene buat surat kat penyelaras untuk maklumkan sebab pertukaran tajuk. Petang nanti, nak kene bersiap untuk ke Kolej17, and also nak kene g beli tiket untuk balik cuti raya cina+mid sem... Tiket dah nak abis, kang kalo lambat tak balik beraya la aku and Picu.. Huhu.. Raya deepavali aku musti balik, inikan pulak raya cina... Mid sem plak tuh.. Tak berayo la den!!



Oh ya, sebelum aku terlupa, aku nak mention kat sini, ini adalah weekend ke4 aku dalam sem ni. Tapi weekend ni juga lah, weekend ke4 yang aku tak dapat nak stay kat kolej ni.. Huhu... 1st weekend, aku ada kat umah dia kat Kajang, 2nd weekend aku dgn Fina kat UK, 3rd weekend aku g USM untuk jumpa Sarah and then g umah makcik kat Pasir Mas.. And this weekend lak, aku dijemput ke Kolej 17, umah kawan lama+baik aku.. Kebetulan plak, rumet aku, Putri kene balik Taiping secara tibe2, sebab nak ikut family dia anta akak dia yang nak sambung blaja kat Penang. Huhu.. Next weeekend tak tau lagi.. Penat gile, 2minggu lagi dah stat ada test.. Especially untuk kelas VR, tp nota langsung takde lagi ni.. Huhu.. Masuk kelas pun asyik duk mengelamun jek.. Haih!! Pe nak jadi?? Superman pun tak sengal macam ni.. Dalam minggu ni jgk, nak kene siapkan system design utk projek.. Adeih.. Tak dapat den nak enjoy esok lusa ni.. Huhu... Online Registration System dgn WalkThrough.. WalkThrough tu plak, dgn 3D. Dahsyat! Bunyi cam gempak gile, dan semestinya expectation supervisor pada kami sangat tinggi, sebab kami buat berdua.. Huh!! Menitik peluh aku dalam bilik air cond nih...





Penat+pening... Got to sleep.... ZzZzZzZzZz....









Untitled # ntah bape...











Siyes busy lepas balik dr kelate... Takde masa nak update blog ni... Huhu..
Gambar atas tu, hiasan jek.. Hehe.. He's my cousin, gambar tu masa wedding abang dia kat Melaka..






Thursday, January 07, 2010

Aku di sini...




Bismillah...



Semalaman aku dalam train dr KL ke Klate, walaupun takde la memenatkan sangat sebab aku tido je sepanjang perjalanan tu, tapi agak melesukan tubuh badanku. Aku sampai agak awal dr biase, kul10 lebih kat bandar Pasir Mas. Then aku meneruskan perjalanan ke KB, dan seterusnya aku tiba di destinasi tepat jam 11.30 pg. Sarah, kawan aku yg blaja kat USM ni sedang ada klinikal kat wad, so aku kene la tunggu dia abis dulu. Aku lepak kat surau hospital, sementara tunggu Sarah datang amik aku.





Time tgh duk menunggu tu, fikiran aku menerawang. Mungkin kerana penat. Tapi, bila aku pandang bangunan hospital 8tingkat ni, aku teringat kisah setahun dulu. 9 Jan 2009, hari pertama aku menjejakkan kaki di HUSM ni, sebab insan yg aku amat2 sayangi terlantar di hospital ni. Dan hari ni, 7 Jan 2010, hampir genap setahun peristiwa tu berlalu. Kat surau ni jugalah aku menunggu time bonda masuk bilik bedah utk diuji sumsum tulangnya. Di surau ni, pertama kali aku menitiskan air mata semasa mengenangkan takdir yang menimpa bonda. Dan hari ni, air mata aku sekali lagi mengalir. Aku melupakan segala masalah aku, dan mengimbau kembali memori bersama bonda, agar air mata yg mengalir ni membawa erti. Bukan semata2 memikirkan masalah yang ntah pape.. Aku malas sgt nak fikir tentang semua tu, sebab tu lah aku sibukkan diri aku lately. Last week, g UKM jumpa Fina, this week kat USM jumpa Sarah, next week kat UPM , jumpa Peecho. Then, kene stat buat projek dah. Harap2 pale otak aku ni tak berkesempatan utk memikirkan perkara bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bende2 yg membebankan fikiran. Oh Tuhan, bantulah aku menghadapi semua ni. Aku amat lemah.




Saat ni, aku ada kat bilik Sarah (menumpang lagi...). Lepas lunch, sambil rehat dan hilangkan penat, aku tulis ni. Mood tak seberapa, tapi aku tak tau nak buat ape. Sarah sepatutnya ada kelas kul2.30, tapi dia tak g sebab malas+aku ada kat sini. Huhu... Aku takde kaitan dgn keengganan dia utk ke kelas. Maybe dia nak temankan aku. Tapi skg dia tido (mcm dia plak yg lg penat dr aku...).




Masa tgh menunggu kat surau td, aku sms Maksu aku kat Pasir Mas, gtau dia yg aku dah sampai kat USM ni. Semalam lagi aku dah gtau dia, yg aku sampai arini. Tapi tadi, aku tetibe je tergelak sorg2 bila Maksu gtau aku yg dia tak bgtau anak2 dia tentang kepulangan aku ni. Dia nak bg surprise kat anak2 dia.. Haha... (memang aku gelak sorg2 td..) Kemudian, aku terperasan ada beberapa pasang mata sedang memandang ke arahku, sebab diorg nampak aku gelak td. Adeih.. Malu gwa... Ah, lantak! Diorg tak kenal aku. Aku dapat bayangkan mcm mane budak2 tu akan melompat bila tahu aku balik... Huhu... Sebenarnya, aku dah janji dgn Maksu utk balik dlm bulan ni, then bawak anak2 dia g jalan2. So, skg aku hampir utk menunaikan janji tu. Tapi sebelum tu, aku ada tugas yg perlu diselesaikan. Nak kata tugas tu, tak jugak. Tapi macam tanggungjawab jgk la.




Aku balik ni, secara kebetulannya adalah utk menemani Sarah utk g jumpa bakal mentua dia esok. Sarah ni, kawan aku sejak form4 kat MRSM, and then sama matrik. Kitorg still rapat sampai skg, walaupun blaja kat tempat lain2, jauh plak tu.. Hehe... Sebenarnya, Sarah bercinta dgn sepupu aku. So, sepupu aku ni berhajat nak bawa Sarah jumpa mak dia, iaitu makcik aku. Tapi, sepanjang hidup aku, aku tak pernah pun jumpa sepupu yg sorang ni.. Huhu.. Esok, sepupu aku ni, nama dia Azhar, akan datang jemput aku and Sarah.



Sarah ajak aku kuar jalan-jalan jap lg.. So nak g bersiap.. Esok aku sambung lagi.. Bai2...




*_*






Monday, January 04, 2010

Dia memang aneh.... :-)





Sebagai seorang manusia, dah menjadi lumrah bila kita menghadapi saat2 sukar dlm meniti hidup ni. Tak heran la kalo kita berdepan dgn masalah, sbb hidup tanpa masalah ni sebenarnya adalah bermasalah.. Erm, abaikan ayat tersebut kalo korang rasa tertipu dgn kata-kata aku.



Tapi bukan tu yang aku nak cite...


Sebelum ni, aku ada buat entri pasal spek aku jatuh dan cerminnya pecah. So lepas je kejadian tu berlaku, aku decide la nak g buat spek keesokannya kat Kajang, dgn Fina.




Tapi, pagi esoknya, ntah kenape tetibe lak aku rasa cm malas lagi nak kuar utk g buat spek. Lagi pula, aku tak biasa sangat dgn bandar Kajang. Huhu... So aku pakai la dulu spek Fina. Tak nampak jauh, tapi ok la. Setakat nak ber'facebook' dan ber'ym', takde hal punye la... Hehe... Dalam kul11 lebih, aku rasa sesuatu yg pelik. Mata kanan aku, kat bahagian bwh mcm bergerak2.. (Betul ke penggunaan istilah ni? Ah, lantak le..).. Bukan sekejap je, dr awal pg kot rasanya, tp time tu baru aku perasan. Kebetulan masa tu, aku tgh ber'ym' dgn sorang kawan aku ni. Nama dia Sri.. (Sri, sila ambil perhatian.. Next time akak ke UKM, Sri kene blanje akak makan eskrem). Dia ni macam otai sket la (drp aku, walaupun aku ni lg tua dr dia.. Hehe..).



Aku: Sri, nape ek mata kanan akak kat belah bawah asyik bergerak2 je dr td...
Sri Comel: Kalo ikut orang tua2 dulu kata, kita akan jumpe orang yg dah lama kite tak jumpa..

Mula2 aku ingatkan dia main2, sbb memang aritu aku plan nk g jumpa dia, memang dah lama sgt kitorg xjumpa.. (Lepas abis matrik, sampai la skg. Skg ni masing2 dah final year, final sem..)

Then, dia smbung...

Sri Comel: Kalo dr segi sainsnya, urat mata kita letih. Maybe sbb Kakda pakai spek Fina, power xbtul2 sama, so mata akak kene bekerja lebih... Bila urat mata tu letih, tu la yg jd duk gerak2 je tu..... Akak g la buat spek arini.. Jgn tangguh2...


Bila dia terangkan cmtu, baru la aku paham.. Disebabkan at that time, kepale aku pun agak pening (sbb pakai spek Fina yg power dia jauh lagi kurang drp mata aku), aku pun terus ajak Fina utk kuar. Mula2 kitorg rancang nk g Kajang je. Tp ntah cmne tetibe leh ubah fikiran utk pegi ke suatu tempat ni. Hehe.. Malas lak aku nk sebut nama tempat tuh... Dan dipendekkan cerita, spek baru aku pun siap. Huh! Terbang melayang duit aku....




Cukup lah tu sebagai intro... Tu bukan topik utama aku.. Ni yg aku nk cite...




01 01 10.. Hari pertama dalam tahun baru ni... Hari ni, aku telah memulakan suatu perkenalan dgn seseorang. Mula-mula tu, aku hampir lupa mcm mane aku bleh add dia kat facebook. Then, bila dia dah accept aku, and aku trace balik, baru la aku jumpa situasi mane yg menghubungkan kami.. Huhu... Aku jumpa fb dia ni, dlm friendlist kwn kpd kenalan lama aku masa sekolah dulu. Nak dijadikan sebab, kenapa aku tertarik nak add dia, bila aku nampak info dia, ada tulis psl Java. Kononnye nak carik konco utk mahir java la ni.. Haha.. Ntah pape r aku nih... Then aku add la dia.. Bila dia dah accept aku, bermulalah perkenalan kami. Dari facebook, beralih ke ym.. Huhu..




Yang aku suka sangat, bila dia menerima perkenalan kami dengan baik. Takde la banyak songeh. Nak tanya mane dapat fb dia ke, mane dapat emel dia ke, memang langsung tak.. Lega jgk aku, tak payah nak pk utk jawab soklan2 sebegitu.. Hehe.. Aku ni, sebenarnya, takde la ramai sgt kawan lelaki. Kalau ada pun, classmate sekolah yg dah lama sgt xcontact. Classmate skg ni pun, aku takde la rapat sgt. Kalau ada yg sudi menegur aku pun, sorang dua je la. Bukan sebab aku ni sombong sangat, tapi dah memang aku macam ni.. Huhu... Bagi aku, sosial adalah no14, yang penting dalam hidup aku, aku nak jadi diri aku..





Aku cuba utk bersikap positif, taknak bg nampak sangat kalau pun ada wujudnya unsur2 negatif tu.. Hmmm.. Aku pun semacam tak brape nak faham diri aku, sebab bila aku borak dgn dia, aku bersikap sempoi je. Hakikatnya, aku ni adalah insan yang sangat pemalu. Hahaha.. (Gelak sambil tutup muka sket.. Sket je la..) Tapi mungkin sebab kami hanya berborak secara maya, bukan di alam realiti. Bila kami borak, aku rasa selesa sangat. Padahal baru je kenal... First impression aku pada dia, dia adalah seorang yang agak susah untuk didekati. Jangan tanya kenapa aku pk mcm tu, ok... Tapi bila dah stat borak, rupanya dia ok je.. Hehe.. Maaf kerana salah mengandai.. So far, aku dah makin rapat dgn dia. Dan aku ingin mengenalinya dgn lebih dekat, sebab aku tahu dia boleh terima aku walaupun dia sememangnya tak tahu kenapa dia harus terima aku..



Macam-macam bnde yg bermain kat dlm hotak aku ni.. Tapi tak terluahkan la plak... Hehe..
Kalo dia baca entri ni (memang dia akan baca...), terima kasih atas semuanya... Terima kasih daun keladi... Hehehe...



Bila sampai kpd ayat ni, aku baru perasan yang aku sendiri tak tau kenapa aku letak tajuk entri ni macam tu... *_* Kaitannya ada, tapi tak sempat rasanya aku nak ceritakan.. Next time maybe..






a) Sila abaikan tarikh yg tertera, sbb aku lupa nak tukar setting dia...
b) Mcm poyo je amik gambar sambil baca buku tu.. Hahaha..
c) Spek yg aku pakai tu baru je siap beberapa puluh minit sblm gambar ni diambil..
d) Aku nampak tembam ke??? *_*










Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru... + Cermin oh cermin!!



Arini, 01 01 10.. Dah masuk tahun baru.. Bertambah usiaku. Huh! Makin tua da babe..



Aku di sini.. di UKM. Bukan di sana (UPM). Rumet aku masih bercuti kat Taiping, so aku bersendirian di bilik. Then aku decide la utk lepak kat sini, kebetulan aku memang ada keje nak buat kat sini. Huhu... So terisi jugak la weekend aku. Bukan tu je, aku dapat jgk jumpa kawan lama aku masa sama2 blaja kat matrik dulu. Lama gile tak jumpa. Skg masing2 dah final year....



Tahun baru aku, bermula dgn sgt hampeh. Serius! Nak je aku hantuk kepale mereka tu. Bg diorg tahu yang aku sangat bengang dgn apa yg mereka lakukan. Mereka ingat aku ni sape? Senang2 je mereka nak memperkotak-katikkan aku. Sampai sungguh hati mereka. (Bak kata Sri, 'kwn lama aku tu', Sri taknak Kakda jadi kotak...) Aku pun taknak semuanya jadi mcm ni. Tapi apakan daya, kita tak berkuasa nak mengawal segalanya. Hati dan perasaan manusia, apa yg mereka rasa, apa yg mereka fikir dan apa yg mereka nak buat, bukan kehendak kita. Jauh sekali untuk kita mengawal atau menjangkakannya.



Arini aku sedih sangat. Sedih dan terluka dgn apa yg terjadi. Benar2 sedih. Dan aku tak tahu kenapa semuanya harus jadi cmni.. Memang bukan kupinta. Tp kenapa? Kenapa mereka terlalu cepat melatah dgn situasi. Aku hanya mangsa keadaan. Aku langsung takde niat nak merosakkan segalanya. Aku tak sangka bende ni akan jadi mcm ni.... Oh Tuhan, ape dosa aku pada mereka, sampaikan begini sekali habuan mereka untuk aku. Mereka dah lenyapkan kewujudan aku dr hidup mereka (Mereka dah block fb aku......). Apa motifnya?? Kenapa? Besar sgt ke apa yg aku dah buat? Kenapa mereka tak selidik dulu apa sebenarnya yang berlaku sebelum menghukum sesiapa. Sebelum menghukum aku.... Aku hanya mangsa keadaan. Seriously, aku terperangkap... Begitu bodoh sekali insan yang memulakan semua ni. Bodoh!!!




Selepas menulis sedikit beberapa perenggan di atas, aku berhenti rehat seketika. Aku g mandi jap.... Dan berlaku lah suatu kejadian yg amat tragis. Setelah aku selesai mandi, tibe2 barang aku yg paling berharga terjatuh dlm bilik air tu... Cermin mata aku!!!!! (Please jgn tanya nape smpai ke bilik air aku memakai cermin mata. Jangan tanya, sebab aku akan bgtau...) Aku skg ni kat tempat orang. Kang kalo aku tak pakai, kurang nampak, ntah bilik ape yang aku masuk tak tau la.. Huhu... Terkezuttt gile akuh time bnde alah tu jatuh.. Gile kejap aku dibuatnya.. Nasib baik aku dah betul2 siap mandi. Aku berlari masuk bilik, meraung-raung manja dkt Fina... Nape jadi mcm ni??? Adeih.... Mata aku memang rosak teruk, so kalo tak pakai, kompem xleh nak jalan jauh2.. Sedih sgt ni beb.. Huhuhuhuhuhu... (nangis jap..)




Dalam sehari dua lepas, aku ada jugak terfikir nak tukar spek baru.. Sebab spek ni dah lama sgt aku pakai (sejak dr matrik lg..). Spek ni dah lama jadi mata no2 aku. Dah byk jasa dia pada aku.. Bila aku pasang niat nak tukar spek baru, dia kecik ati kot.. Sebab tu la dia jatuh and pecah.




Cermin ni kan, dr pengalaman orang terdekat aku la, dia mcm ada sense. (Maaf kalo aku agak mengarut di sini... Aku berhak sbb ni blog aku..) Dengan kata lain, dia mcm ada perasaan. Huh! Ridiculous. Tapi memang terjadi. Rumet aku pernah mengalaminya. Dulu dia ada cermin yg agak besar saiz dia (takde la sampai leh nampak kaki dia kalo dia berdiri..). Tapi bila dia beli cermin baru, dua ari lepas tu, cermin yg dah lama berjasa pd dia tu jatuh dan pecah. Cermin tu jatuh dan pecah dengan akulah sbg saksinya (aku cuma saksi, bukan penyebab, ok). Bende yg sama berlaku kat sorang lg kawan aku. Dan berlaku jugak pada aku! Hukhuk!! (Sedih, sebab esok kene kuarkan duit utk buat spek baru). Di suatu sudut yg lain, padan dgn muka aku! Memandai sgt pasang niat nak buat lain, kan dah kene buat betul.. Ambik kau!




Saat ni, aku pakai spek Fina. Nasib baik dia ada dua spek, dan yg dia bg aku pakai ni, lebih kurang dgn spek aku jgk. Kalo pakai tu, kira jalan tak sepak tangga la.. Hahaha.. (gelak sambil bengang)..



Dah tak tau nk tulis ape dah.. Nanti ada yg terlintas di fikiran, aku update post ni.. Salam..





Wednesday, December 30, 2009

Arini...





Damn lega sebab proposal Projek Tahun Akhir dah selamat dihantar kpd supervisor. Tapi tak dapat sebarang komen dan maklumbalas lg, katanya next week.. Hmm.. Lantak lah.. Yg penting, proposal tu dah siap. So skg tgu masa yg sesuai je utk mulakan projek 'juta' ni.. ;-)


Minggu ni dah stat sem baru, sem last utk aku sbg student (sbg student degree, sbb lepas ni insyaAllah aku akan sambung utk buat masters..). Kelas tak byk sgt, tp ada certain kelas tu mcm hampeh jek. Ntah la... Mungkin mood nak blaja tak sampai lg kot.. Huhu.. Alasan semata-mata!!


Arini, rabu, kelas aku sepatutnya stat kul9.. Tp tadi ada kesilapan teknikal sikit yg tak dapat nak dielakkan dan menyebabkan aku serta member aku decide utk cancelkan kehadiran kitorg ke kelas tu arini. Haha.. Petang ni kelas kul2, juga dicancelkan dgn alasan malas. Ntah ape nak jadi la..... ('Takpe, kelas el je..' Ayat nak menyedapkan hati sendiri).


Lepas abis kelas kul11 td, aku sepatutnya pegi ke ITMA, utk amik barang dr someone. Tp alih-alih dlm perjalanan tu, rasa mcm malas je nk pegi.. So aku pun terus balik kolej.. Kemalasan menyelubungi diri, sampai nak g cari makanan utk lunch pun aku malas. Huh! Teruk betul... Takpe, apa-apa yg terjadi pun, aku tanggung sndiri.. No hal la..


Skg ni plak, aku tgh chat dgn someone yg baru je aku kenal. Perkenalan kami agak tak disengajakan. Memang aku yg mulakan, tapi kebetulan ini memang seperti yang dijangkakan dan yg paling penting sekali, ia seperti apa yg aku harapkan. Huhu.. Tak dapat aku nak nyatakan identiti dia yg sebenar, tp dia terima perkenalan kami yg secara kebetulan (kebetulan yg dirancang) ini dengan baik. Lega sangat hati aku... Aku tak tau mcm mane nak cite. Tapi memang aku hepi sangat...... :-)


Lepas ni boleh la pasang spy.. Hehe... Nasib baik dia ni sporting.. Bleh jgk aku mintak tlg mane2 yg patut n tanya pape yg aku nak tau..







Monday, December 21, 2009

Aku...





Lama aku tak update blog ni.. Bukan kerana malas, tapi kerana ketiadaan waktu yg sesuai utk aku melapangkan jiwa dan meluahkan rasa. 'So called'. Huhu...



Cuti dah nak abis.. What I've done so far?? Proposal dah hampir siap..



Next week aku dah kene balik kolej. Mulakan hidup baru, semester baru, tahun baru... N some other things yg baru dan akan jadi baru.. Huhu.. Sebenarnya, aku nak tulis ni malam tadi. Sebab takleh tido.. Tapi ada plak masalahnya, tenet wat hal.. Maklum la, tenet kat umah sangat laju seperti kura-kura. So aku sambung tulis malam ni, tetibe lak mood nak menulis datang. Bersendirian di depan tv dan mengadap laptop, sebab adik-adikku tidur awal malam ni.. Huhu..



Aku cuma ada beberapa hari je lg utk bersama adik-adik kesayanganku.. Aku cuba sebolehnya utk memanfaatkan sisa masa yg ada utk membahagiakan hari-hariku dan juga hari-hari mereka.. Banyak perkara yg berlaku sepanjang aku ada kat umah ni.. Tp tak dapat aku nak share, atas sebab yg tak dapat dielakkan. Pape je la......


Duk kat umah, menghabiskan cuti di samping insan2 tersayang memang saat2 yg berharga bg aku.. Saat2 tersebut bukan sahaja berharga, bahkan saat yg paling bahagia.. (Aku tak tahu kenapa, tp lately aku perasan yg gaya penulisan aku dah terikut2 gaya Tun.. Bukan Tun Mahathir, sori! Tp Tun kawan kpd kawan aku yg blaja kat Perlis.. Whatever, selagi aku tak tiru buah fikiran dan otak dia).



Semalam, tengah syok aku dan budak2 ni tgk The Biggest Loser Asia, tetibe pintu rumah diketuk oleh seseorang. Seperti biasa, aku satu2nya org yg takkan keluar utk menjenguk sape yg datang. Huhu.. Bukan kerana aku ni sombong, tp mane bleh g sambut tetamu dlm keadaan yg tak bersedia kan.. Hehe. Some of u know what I mean, I guess..... Tp, nak tak nak aku keluar jugak, sbb adik aku cakap, dia nak jumpa aku.. Huh! Rupa2nya, 4 org tetamu tu adalah sukarelawan dr Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Baru la aku paham, nape diorg nak jumpa aku.. Huhu.. Actually, diorg buat kunjungan utk update data family cancer patient yg menerima dana drp MAKNA. Buat kesekian kalinya aku nk mention kat sini, my LATE mom was a cancer patient. Bonda kembali ke rahmatullah pada awal Mei lepas, setelah 4bulan terlantar di HUSM Kubang Kerian. My bonda menghidap kanser darah putih, a.k.a leukemia AML2. Sepanjang bonda sakit, semua kos rawatan ditanggung oleh MAKNA. So skg ni, diorg buat visit just utk update data.. I guess la.. Huhu.. That's it.



Tu satu hal yg berlaku semalam. Ada lg satu peristiwa yg berlaku secara tidak langsung sebelum tu, tetapi dengan tiba2 dan sangat2 berbekas di hati aku. Tp aku takleh nak open sgt cite pasal ni. Huhu... It's too personal. Selama ni aku ingat perkara ni dah setel, dah reda, and dah ok.. Aku sangat bersenang hati dan langsung dah tak fikir pape pasal ni, apa lagi nak fikir tentang consequencenya.. Tp semalam, baru aku tahu, selama ni aku silap. Silap sebab terlalu mempercayai keadaan. Aku sayangkan dia. Aku betul2 tak sangka, dalam kebaikan dan kesempurnaan yg dia tunjukkan, rupa2nya dia sudah kembali seperti dulu. Sebagai insan yg hampir dengan dia, aku rasa aku amat2 bertanggungjawab utk bersuara, tp aku tak berdaya melakukannya. Really don't know why... Betapa lemahnya aku. Oh Tuhan! Forget perfect, I'm just trying not to be worthless. But, aku really tak buat apa2 utk itu. Aku memang ka**k yg hampeh... :-( As a part of this situation, I'm suppose to do something as soon as I realize it. When we bleed, we bleed the same. But I can't get it right.. Terserlah kelemahan aku. Lupakan...




Malam ni plak, satu lagi bende jadi. Takkan aku lupakan. Memang memalukan. Aku malu dgn diri sndiri sebab selama ni aku buat something ni tanpa mengkaji dulu apa sebenarnya ia. Huh!! Terkedu seketika aku tadi, dalam hati berdebar takyah cite r... Aku hampir menyumpah seranah diri ini. Ya Tuhan! Ampunkan aku... Aku telah ditegur oleh someone yg aku memang tak kenal tentang shout out aku kat ym. Insan ni ada dlm list friend aku, tp sumpah aku memang tak kenal dia. Bila dia tegur aku tentang tu, aku terus bukak google dan cari ape bnde tu. Bnde tu aku suka sangat, tp aku akui memang aku tak tahu mendalam mengenainya. Aku harap insan tu adalah satu2nya org yg faham tentang tu. Oh Tuhan, aku sungguh naif. Dan aku perlu nyahkan kenaifan aku td tu.. Huhu.. Bila aku googled, baru aku tau yg selama ni aku bertaklid. Adeih.. Aku terpukul dgn rasa bersalah. Bersalah pd diri sendiri.... Lain kali aku tak buat lagi.




Aku suke sgt dgn satu band international ni. Suke gile.. Hampir sume lagu dia aku hafal, sbb tersangat suke.. Huhu.. Ada satu tajuk lagu band ni, yg agak cool. Tp td aku baru tau, cool tu memang fool.. Memang sblm ni aku nampak bnde tu secara surface je. Nampak ok, tp yg tersiratnya? Astaga..



This song is real open to interpretation though i like when artists allow the perverted listener to go nuts. Gile, sbb tersangat suke.. Huhu.. ********* Yeah, well not that I'm a perv but if u look at it from the right angle its like the perfect description of a relationship. Kalau tgk dr sudut positif la, tp tersuratnya pun dah mengjengkelkan bg mereka yg mengerti. Dan aku baru je mengerti tentang itu... Huhu... And he portrays the girl who betrays him as a disconected guitar he even looks at his guitar in disappointment dalam video klip die.. But what i loved the most was his stance at the end it was sick... Tp pasni, aku takkan bertaklid lagi... Takkan..... Utk menyukai sesuatu, aku akan kaji dulu... Huhu.. Ditegur oleh someone yg aku tak kenal, tentang sesuatu yg aku memang tak tahu (tp tadi aku berlagak tahu sebab nak jaga maruah aku...) memang merupakan pengajaran yg amat berharga bagi aku. Aku takkan lupakan teguran tu dan takkan sesekali mengulangi semua tu.. Huhu..







Friday, November 13, 2009

DaRiz ;-)







Ni la anak katak tu... Comel... Hehe.. I named it after our name, DaRiz... Cute sgt.. Haha... Dah ada org yang nak booking utk datang melawat esok nih... Haha..





















Esok ari Sabtu....





Hari ni, hari Jumaat (Semua org tahu kan, wtpe aku nk gtau...). 13hb... Esok 14hb.. (Yela, takkan tetibe jadi 20hb lak kan...) Aku nak mention kat sini, esok last paper aku utk semester ni.. Last day aku kat UPM utk semester ni.. Last day aku mengharungi hari2 bengong dan tension aku di sini dalam semester ni... Dan aku harap esok adalah last day aku menjadi insan yang lemah dalam mengharungi hidup yang sangat hampeh ni... Aku nak balik umah, dan mulakan hidup baru kat sane... Ceh, poyo je... Haha... Tapi serius, aku betul2 tak sabar nak balik umah... Nak jumpa abah and adik2... Jumpa abang aku, walaupun aku takde la rindu sangat kat dia (Sebenarnya, nak mintak dia bayar hutang topup aritu.. Hampeh tol adik dia ni...)... Nak jumpa adik aku jugak, and mintak tangguh bayar balik pinjaman pembiayaan pembelajaran aku semasa aku belajar dlm sem ni... Haha... Utk pengetahuan semua, aku ni kalo takde duit, takde nye aku nak mintak dgn abah aku.. Takut kene bebel, sbb selalu mintak duit (Er, selalu ke?? Ntah...) Abah aku dah pandai membebel sejak arwah mama takde... Nasib baik la ada adik lelaki yang bertanggungjawab and takde la kedekut sangat... Huhu...





Aku betul2 nak mulakan hidup baru.. Taknak lagi sedih dan tertekan dek situasi yang melanda aku sekarang ni. Aku nak belajar terima hakikat, dan terima apa sahaja rintangan dan dugaan yang mendatang... Aku nak jadi insan yang kuat (Bukan kuat seperti Gabenor Arnold yang pernah berlakon dlm cite Terminator yang aku tgk masa aku darjah 6..).. Aku nak jadi insan yang kuat dan tabah.. Aku taknak terlalu melayan perasaan, perasaan ni memang membebankan... Sungguh membebankan... Blah la weh.. Aku taknak layan perasaan sedih ni lagi... Aku nak tabahkan hati aku utk semua ni... Aku harap aku berjaya berbuat demikian... Nantikan episod time aku dah ada kat umah nanti... Taknak nanti pun takpe... Blum tentu ada nye... Huhu...





Barang2 aku tak siap packing sepenuhnya lagi... Rumet aku dah 99.99% siap.. Haha.. Aku takleh r nak stat packing awal2, selalunya aku akan siapkan kemas barang2, lebih kurang dua tiga jam sebelum aku bertolak balik... Aku akan betul2 ada semangat utk pack barang2 bila aku dah abis exam.. Baru ada feel beb!! Huhu.. Oh ya, lupa aku nak bgtau, aku balik esok malam... Naik bas kat Hentian Kajang, kul830 mlm, turun kat Jeli.. And pagi lusa, abah kesayangan aku akan jemput aku... Rindunya dgn udara subuh kat bandar Jeli... Huhu... Dah lama aku tak balik umah... Rindu jugak nak tgk CSI ngn David Blaine... Hehe... Tom and Jerry also... (Mengalahkan adik aku plak...)





Sebenarnya, aku bangun awal pagi ni sebab nak jumpa sorang kawan aku ni... Kawan lama yang masih bersama sehingga kini... Kami stat kawan masa kat matrik dulu, satu kelas, satu tuto, satu geng... Hehe... Dia pun blaja kat UPM ni jgk, amik FoodTech... Sem dpn dia akan buat praktikal kat JB, so sem dpn kitorang dah tak jumpa kat sini la... Arini dia akan balik umah, so dia datang la nak jumpa aku buat kali terakhir sblm cuti ni... Ntah bila lak leh jumpa dia.. Huhu... Dia bagi aku hadiah, sempena perpisahan sementara antara kami... (Sebenarnya tujuan aku buat post ni adalah utk cite psl ni, bukan melalut bende yang bukan2 kat atas tu... Huhu...) Nama kawan aku tu, Riz.. Dia bagi aku sekor anak katak... Comel sangat... Hahaha...





Tapi agak menyesakkan jiwa bila aku cuba utk upload gambar anak katak tu, tak dapat la plak... Sengal punye wifi... Time orang nak guna ni la dia buat hal... Anyway, nanti aku try lagi utk upload gambar tu... Huhu... Comel...




Ok lah, aku ada keje sikit ni... Nak g bank, masukkan duit ke dlm akaun sendiri... Hahaha.. Bubye...







Tuesday, November 10, 2009

Tak sabar nak balik!!!!





Gambar hiasan.. Orang dlm gambar tu bukan aku dan takde kaitan pun dengan aku...




Hidup ni memang buat kita bengang dan agak sengal bila kita dah terbuat sesuatu yang kita sendiri tak sempat nak fikir baik buruk bende tu. Aku nak cite tentang aku la ni.... Aku langsung tak terfikir akibat apa yang aku lakukan ni. Aku tak fikir samada aku patut atau tidak buat mcm tu. Tapi yang pasti aku dah buat bende tu dan dah takleh nak patah balik. I did it!!! Cam sengal+bodoh je diri ni aku rasakan saat ni. Ntah la.. Aku pun tak brape pasti sebab musabab aku buat bnde ni... Dan sekarang ni aku terperangkap dalam situasi ni. Kalau lah si dia tau aku buat cmni, parah aku... Aku bukan ape, dah lama aku pendam perasaan ni. Aku tak tahu mcm mane nak lari dari situasi ni, sebab aku tak leh nak hentikan semua ni suddenly.. Kalau aku buat cmtu, aku akan terpukul dengan rasa bersalah yang amat sangat. Skg ni pun, aku rasa bersalah kat orang tu... Aku langsung takde niat nak kacau hidup dia... Aku betul2 tak sengaja memulakan situasi yang agak kontroversi ni. Serius aku langsung takde niat.. Maafkan aku..




Aku dah lama pendam perasaan ni. Curious. Ingin tahu... Bukan aku takde sumber utk bertanya. Ada... Tapi aku segan. Bagi dia mungkin aku tak patut bertanya, tapi bagi aku, aku berhak utk tahu. Aku juga tak pasti jika aku bertanya pada dia, jawapan yang akan dia berikan tu jujur atau tidak. Aku tahu dan amat yakin, aku susah utk menerima apa sekalipun jawapan dia. Sebab tu lah bila dia tunjuk yang dia mcm tak bape nak jawab soalan aku berkaitan dengan orang tu, aku dah malas nak tanya. Dah malas nak bangkitkan soal tu. Tapi aku betul2 nak tahu. Serius. Sebab aku sayangkan dia.



Disebabkan rasa sayang tu, skg ni aku dah terperangkap dalam satu situasi. Ntah ape2. Rasa nak je aku menjerit. Jerit kuat2 bagi lepas rasa bengang ni.



Orang tu lak, dah salah anggap dengan aku. Dia anggap aku ni orang tu plak... Adeih.. Naik pening pale otak aku nak lalui bnde ni... Tapi aku takleh nak stop cmtu je, sbb aku yang mulakan, dan aku juga yang mencetuskan situasi palsu ni. Apsal la aku bangang sangat arini... Aku supposed to study, paper exam ada 3 lagi ni.... Tapi aku dah buat bnde bodoh ni... Adeih!! Sengalnye pale aku ni... Tak guna betul la arini... Rasa mcm nak tido balik mcm malam tadi and bangun dengan penuh tenang. Tapi ni dah petang, dah terlambat, dan aku memang tak mampu nak undurkan masa...




Tak pasal2 plak aku dah terpaksa jadi someone yang sememangnya bukan aku... Bengong sangat skg ni nak fikir. Rasa bersalah pada orang tu takyah cite r... Memang sangat2.. Aku nak je mintak maaf dgn dia, tapi patut ke aku akui kesalahan aku, dan kalau aku mengaku, kompem2 dia akan tanya siapa aku dan kenapa aku buat mcm ni..... Ape aku nak jawab? Nak berterus terang, gtau sape aku dan kaitan aku dengan dia, nak mampus ke ape?? Carik nahas, carik masalah... Elok2 aku tgh bahagia skg ni, kang timbul lak masalah lain... Aku taknak dia fikir yang bukan2 tentang aku... Cukup sekadar dia tahu yang aku sayangkan dia, dan aku memang betul2 ikhlas sayangkan dia... Aku nak dia tahu yang aku tulus dan jujur, takde la nak buat bnde2 lain mcm yang aku tgh ter'buat' skg ni... Ntah la.. Rasa serba salah sgt skg ni... Langsung spoil mood aku nak study... Huh!!!!!




Pada orang tu lak, aku mintak maaf sgt2... Aku tak sengaja buat semua ni... Aku takde niat nak kacau hidup anda.. Aku tahu anda tak bersalah dalam hal ni... Aku betul2 silap langkah, sebab dah mulakan suatu percaturan yang langsung takde pekdah... Nak je aku baling henset aku tu, tapi sayang beb, skg tgh tak brape kaya nak cari henset lain...




Pe lagi nak tulis ni... Still full of feeling bengang+sengal... Patut ke aku ketuk pale aku ni... Bagi ok sikit... Patut ke?




Really tak sabar nak balik... Nak balik!!!!!!!!!!! Balik umah~~ hukhuk (*-*)









Friday, November 06, 2009

Lagi sengal!!






Entri kali ni takde kaitan dengan aku.
Tapi aku sangat suka video yang aku embed kat entri ni.. Huhu...
Sangat suka.. Korang tengok la sendiri...




video





Video ni telah dihasilkan oleh Mohd Safwan dan Mohd Sharafuddin, budak kelas aku... Huhu..
Sengal kan?
First time aku tgk video ni masa diorang present dalam kelas audio aritu, memang semua orang tergelak. Gelak sampai sakit2 badan... Haha...
Mane la dia dpt idea untuk buat hasil yang sebegini kreatif... Huhu...
Tahniah buat Safwan n Din... Korang memang otai..
Terutama Safwan!! Haha..








Sengal!!



He screwed me up... Rase mcm nak sekeh2 je pale dia tuh... Sengal!!





video



"Hysteria"

it's bugging me, grating me
and twisting me around
yeah I'm endlessly caving in
and turning inside out

'cause I want it now
I want it now
give me your heart and your soul
and I'm breaking out
I'm breaking out
last chance to lose control

yeah it's holding me, morphing me
and forcing me to strive
to be endlessly cold within
and dreaming I'm alive

'cause I want it now
I want it now
give me your heart and your soul
I'm not breaking down
I'm breaking out
last chance to lose control

and I want you now
I want you now
I feel my heart implode
and I'm breaking out
escaping now
feeling my faith erode



Thursday, November 05, 2009

Seribu kali sayang....












Setelah dia dah membuatkan aku kecil hati, sakit hati, makan hati, dan yang sewaktu dengannya lagi, dia dengan slumber nye, tanpa rasa bersalah walau sedikit pun, meneruskan hari-hari yang mendatang ni dengan biasa, dan seperti biasa. Huh!! Aku betul-betul bahagia, dapat memiliki hatinya yang susah sangat untuk difahami. Biarlah apa pun yang terjadi, aku tetap menyayanginya selagi cinta itu ada di hati kami. Dia buat aku bahagia, sampaikan aku lupa yang dia juga pernah buat aku kecewa. Ah, lantaklah! Yang dah lepas tu, biar je la. Lagipun, kalau aku merajuk dengan dia sekalipun, aku merajuk sorang2 je. Dia buat tak tau, buat tak reti. Last2, aku yang akan cool dengan sendiri. Bukan dia tak caring, tapi dia memang mcm tu. Aku faham. I love you, sayang!!





Tuesday, November 03, 2009

Purest of Pain



Beberapa hari yang lepas, hidup aku sangatlah tidak aman dan langsung tidak tenteram. Bukan kerana gangguan kebisingan daripada jiran2 sebelah, bukan juga kerana gangguan daripada pihak2 yang tidak diingini dan tidak dikenali. Sebenarnya, dua tiga hari lepas, aku sakit gigi. Gigi geraham plak tuh. Huh!! Memang menyeksakan. Nak tidur malam punya la susah. Pertama kali dia buat hal, masa aku tengah jawab exam Penerbitan Digital Khamis lepas. Siot! Memang aku xleh nak fokus masa jawab exam tu. Hampeh sangat. Aku jawab ala kadar je la. Pas exam tu ingat nk g PK, nak jumpa dentist, tp xsempat lak sebab Bahagian Pergigian tu tutup awal. Hampeh. Then, terpaksa la aku tahan sakit dengan hanya memakan panadol.



Ari Jumaat lak, aku xbrape rajin nak g PK, sebab esoknya ada exam Audio. Pastu, bila dah weekend, sakit tu datang balik n langsung xleh nak buat pape dah. Asyik makan ubat je. Sampai la ari Ahad, memang dah xtahan sangat sakit tu, dalam sehari aku makan banyak gile ubat. Rumet aku xde, balik Taiping. Dia banyak stok ubat, so aku selongkar ubat2 dia, and yang ada cuma panadol je. Hari Ahad tu, aku makan 6 biji panadol, 5 biji panadol joint and muscle (terpaksa makan sebab dah kehabisan panadol biasa), dan last sekali aku makan sebiji neurobion. Neurobion ni adalah ubat saraf. Aku xtau apa kejadahnya kegunaan ubat ni. Aku search kat google, tapi xdpt memahami dengan baik sebab masa tu tengah sakit. So aku makan je ubat tu. Kandungan analgesik dan antipiretik dadah sangat tinggi dalam darah aku malam tu....Huhu.... Tapi sakit memang tetap sakit. Malam tu aku langsung xleh nak tido. Sampai la pkul4 pagi, aku bangun untuk melegakan keresahan sistem dalaman badan aku yang dah xbrape stabil sebab aku dah makan banyak sangat ubat. Aku m****h. Tapi xkuar pape pun selain asid hidroklorik dari dalam perut aku, sebab aku langsung xmakan pape sepanjang hari tu. Then, aku paksa mata aku untuk lelap dan tunggu sampai awal pagi keesokannya.




Kul8 pagi tu, aku dah bersiap2 untuk jumpa dentist. Aku bertekad untuk buat extraction. Pegi mampus wahai gigi yang mengganggu hidup aku ni. Aku g PK awal sangat, so xramai sangat la patient yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Aku masuk jumpa Dr Kamarul lepas 5minit menunggu. Dia suntik ubat bius, then 15minit kemudian, bermula lah suatu tragedi di mana gigi aku tu dikerjakan secukupnya oleh Dr Kamarul. Susah gile dia nak cabut gigi aku ni. Naik lenguh kepala aku kene pegang dengan nurse tu. Rahang aku xyah cakap r, sakit sebab kene nganga luas2... Haha... Dekat 10 minit jugak rasanya, barulah gigi tu tercabut. Lepas Dr Kamarul dah berjaya mencabut gigi tu, semua yang ada kat dalam bilik tu melepaskan nafas lega, termasuk aku!! Huh!! Lega sangat masa tu... Bila Dr dah bersihkan mulut aku, dia letak kapas kat tempat yang baru kene cabut tu, aku disuruh berehat sekejap kat dalam bilik tu. Dr Kamarul menghilang, dia keluar dari bilik tu. Nurse tu cakap, Dr selalu macam tu. Bila dia dah kerjakan gigi patient dia teruk2 macam yang dia dah buat kat aku tu, dia maybe rasa bersalah or sangat kesian dengan patient dia dan tak sanggup nak tengok lepas tu. Padahal aku bukannya rasa sakit pun masa dia kerjakan gigi aku tuh. Langsung x. Cuma gerun sikit la, sebab dia duk tekan2, then cungkil nak bagi akar gigi tu naik. Huhu.... Pastu, sehinggalah aku dibenarkan keluar dari bilik Dr Kamarul tu, still dia masih tak masuk2 ke dalam bilik tu. Tak sempat aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat dia sebab dah bersusah payah menyelesaikan masalah aku. Huhu... Terima kasih Dr. Jasamu dikenang.



Sebenarnya, ni bukan pertama kali aku jumpa dengan Dr Kamarul tu. Dah banyak kali, masa sem1 dan sem2. Skg dah sem5, so memang dah lama la aku xg jumpa dia. Huhu.. Dia baik sangat, soft spoken. Peramah, dan senang dibawa berbincang. Dulu aku pernah buat filling dan extraction, tapi extraction masa tu xde la seteruk dan sesusah kali ni. Huhu.... Alhamdulillah, semuanya dah selesai.


Lepas balik bilik, aku terus tidur. Bila rasa sakit, aku makan ubat. Tapi lepas makan 3 biji ubat, masih rasa sakit. Then bila aku tengok balik, rupa2nya dalam lubang gigi yang baru dibuang tu, ada darah beku. Tu yang menyebabkan aku rasa sakit kot. Aku pun dengan beraninya, cuba sedaya upaya mengeluarkan darah2 beku tersebut. Agak sakit, tapi aku tahan. Then bila semua darah beku tu dikeluarkan, baru aku rasa lega. Huh!!







(Maaf gambar kurang jelas sebab kamera henset baru aku agak hampeh.....resolusi 3.2 Megapiksel)


Ni la gigi geraham yang dicabut semalam tuh. Elok2 je, xde masalah pape pun. Tapi Dr cakap, bila gigi kurang kalsium yang amat sangat, akar dia akan jadi tidak sihat. So sebab tu lah gigi tu sakit. Kedudukan gigi ni adalah yang ketiga dari hujung, sebelah kiri.




Sunday, November 01, 2009

Sepi lagi... + macam2 ada..!!! B*****G!!!





Terasa amat bodoh diri ini. Amat!! Kenapa la aku terlibat dalam semua ni. Kalau la aku dapat putarkan balik dunia ni, aku nak ubah semuanya, at least supaya aku tak terlibat dalam semua ni. Bodoh!! Really! Serious memang bodoh!!

Sape bodoh?

Aku ke? Ntah la... Tapi aku memang dapat rasakan apa yang berlaku ni memang membuatkan aku jadi bengong. Betul2 bengong plus bingung. Kenapa harus aku lalui semua ni? Kenapa aku?





Aku betul2 tak faham kenapa susah sangat aku nak dapatkan sesuatu seperti yang aku inginkan. Bukannya aku mintak sesuatu yang amat susah untuk ditunaikan. Bukan aku mintak dia layan aku lebih2 pun. Lagi2 bukan aku mintak dia buat sesuatu yang di luar kemampuan dia. Bukan sesuatu yang di luar kewajipan dia dan apa2 yang sepatutnya. Bukan. Aku ni bukannya demand sangat. Aku ni dikira dah cukup baik untuk dia. Bukan aku nak kata aku ni sempurna. Bukan sesekali. Nobody's perfect. Aku bukan Nobody. Aku adalah aku, dan memang aku bukan terlalu sempurna untuk terlalu dibanggakan.


The main point now is, aku terlalu keliru kenapa aku harus lalui keadaan sebegini. Kenapa aku harus ditemukan dengan dia. Bukan aku cuba untuk mempersoalkan takdir. Tidak sekali2. Aku bersyukur dengan apa yang ditakdirkan untuk aku. Cuma kadang2 kita ni terlalu cepat untuk melatah dan mempertikaikan kenapa ini begitu dan kenapa yang tu plak begini. Begitu juga aku. Tanpa sebab yang jelas, tetiba je aku terasa seperti aku patut mempersoalkan kenapa aku harus lalui semua ni. Aku serius bingung kenapa semua ni berlaku dan kenapa ianya berlaku macam ni.


Sejak awal perhubungan kami, aku dah nampak yang dia memang susah sangat untuk difahami. Aku cuba untuk memahaminya walaupun amat susah, dan sekarang aku amat tahu yang dia macam tu dan macam ni. Aku berhasil memahami dirinya. Tapi dia langsung tak pernah cuba untuk memahami diri aku, walaupun aku ni bukannya susah sangat untuk difahami. Sometimes aku boleh terima kalau dia taknak faham aku, tapi kali ni aku langsung tak leh blah dengan cara dia.


Dulu aku takde la gatal2 sangat nak fikir pasal cinta ni. Tak terlintas langsung kat minda dan jiwa aku ni. Langsung tak. Tapi tetibe plak dia gatal2 nak mengorat aku. Gatal!! Dan aku plak, punye la cepat lembut hati, terus terima dia walaupun langsung tak kenal dia. Masa mula2 bercinta dulu, muka dia pun aku tak kenal, tak pernah tengok. Tapi aku tak kisah, sebab mereka kata dia seorang yang baik. Aku akui, dia memang baik. Bukan kaki d***o macam abg sedara aku yang kawan baik dengan dia, dan bukan kaki p*****n macam sorang lagi kawan baik abg sedara aku yang juga kawan baik dia. Dia kaki dari jenis yang baik. Aku akui. Sekarang pun, aku tahu dia memang baik. Takde la perangai yang pelik2 n tak munasabah tu. Tu salah satu sebab aku terima dia, even muka dia macam mane pun aku tak tahu. Masa tu curious jugak, hensem ke x. Tapi seikhlas hati aku bgtau, aku ni bukannya jenis yang memilih sangat. Dan aku bertekad masa tu, aku akan terima dia walau macam mana sekalipun dirinya. Jika dia memang insan yang ditakdirkan untuk aku, aku akan terima dia seadanya. Alhamdulillah, dia memang sedap mata memandang (Mata aku memang sedap setiap kali pandang dia... :-) )


Aku tak tahu apa yang aku ingin luahkan sebenarnya. Tapi yang pasti, ini adalah berikutan daripada rasa tidak puas hati. Bukan aku tidak puas hati dengan layanannya, walaupun dalam seminggu susah sangat aku nak terima panggilan daripada dia, sms memang haram, jauh sekali. Aku tak kisah pun, sebab dia memang macam tu. Aku memang tak kisah sebab aku dah faham perangai dia.



Tak puas hati dengan cara dia? Mungkin. Situasi tu berlaku tadi. Serius aku bgtau pembaca sekalian, aku menangis bila dia buat aku macam tu. Mungkin bagi dia, dia takde niat nak menyakitkan hati aku. Dia mungkin takde niat nak mengecilkan hati aku. Mungkin. Tapi aku benar2 kecewa dengan apa yang berlaku. Kalau lah dia baca blog aku, biar dia tahu yang aku betul2 sakit hati dan kecil hati dengan apa yang dia buat. Tapi sayang sekali dia bukan pembaca blog aku. Biarlah. Berbalik pada apa yang berlaku tadi. Ntah la. Aku tak tahu macam mana nak describe (Aku malas sebenarnya, tak kuasa aku!!!)

Mungkin ni lumrah dalam bercinta. Tapi ntah la kenapa aku macam susah sangat nak terima apa yang dia buat tadi. Sebenarnya, masa aku tulis entry ni, aku dah agak cool, dah malas nak layan perasaan marah and bengang. Kalau nak ikutkan hati, nak je aku menjerit untuk luahkan perasaan marah aku ni. Tapi apa pulak kata rumet aku. Dah tak betul ke rumet dia ni. Huhu...


Dalam sesuatu hubungan, kalau tak ada masalah memang tak sah. Sebab ini memang lumrah. Tapi sayang, ketahuilah kekasihmu ini amat2 kecewa dengan apa yang berlaku. Serius! Sampai hati abang ignore mesej2 ida yang panjang berjela (meluahkan rasa tidak puas hati) selepas abang offkan henset sebab tahu Ida akan call malam ni. Sanggup abang off henset semata2 taknak layan permintaan ida untuk keluar malam ni. Ida tahu masa dan keadaan tak kondusif untuk malam ni. Ida bukan berniat nak paksa abang pun, langsung takde. Kalau abang bgtau tak boleh, apa lagi yang Ida boleh buat selain daripada terima keadaan seadanya. Tapi tak boleh ke abang bgtau Ida dengan cara yang baik, bukan dengan buat hati Ida terluka dan kecewa. Ida bukan jenis yang suka merajuk kalau tak dapat apa yang Ida nak. Ida ni jenis yang tabah dan sabar. Sejak kita mula2 bersama, Ida memang sentiasa bersabar dengan cara abang. Bersyukurlah sikit, sebab abang dapat someone yang sabar macam Ida. Kalau abang dapat orang lain yang kurang tahap kesabarannya, dah lama abang tu menduda. Sedar diri la sikit!!


Mencari cinta adalah baik, tapi bagi Ida cinta yang hadir tanpa dicari adalah lebih baik. Dan cinta kita adalah cinta yang lebih baik kiranya kerana bukan kita yang mencari cinta ni. Ia datang sendiri. Tapi setiap hubungan cinta memang tak akan sunyi daripada masalah.



Dulu, masa kita mula2 bersama, bagi Ida percintaan tanpa pertemuan tu adalah yang terbaik. Itu prinsip Ida sebenarnya. Tapi abang plak yang mulakan dengan cara lain. Bermula dengan suatu pertemuan ringkas (sangat ringkas sehinggakan kita langsung tak sempat nak pandang wajah antara satu sama lain), sampai la skg ni kita dah makin mesra. Ida senang hati bila bersama abang. Walaupun kita jarang sangat jumpa (until now, rasanya boleh bilang dengan jari2 sebelah tangan je kot), sebab abang terlampau sibuk dengan kerja, Ida tak kisah pun. Dah plan awal2 nak jumpa, tetiba plak abang kene g outstation. Jauh plak tu. Fine, Ida tak kisah pun. Sebab kesabaran tu masih bertapak di hati ni, dan sangat teguh. Tapi tadi, rasanya dah kurang teguh. Sebab abang dah melampau. Abang buat Ida sakit hati dan kecewa. Ida janji, Ida akan lempang pipi abang next pertemuan kita. I swear! Geram!



Ida cuma nak luahkan perasaan yang terbuku di hati, sebab sangat kecewa bila abang tak reply pun mesej Ida tadi. Ida tau, abang memang malas nak mesej, macam budak sekolah kata abang. Ok, fine. Tapi takkan la langsung tak boleh nak bagi respon dengan apa yang Ida bgtau. Serius tadi Ida said yang abang sangat hampeh. Ida benci abang!! (tadi je la...) Hope lepas2 ni semuanya akan jadi ok balik. Terdetik juga di hati, Ida malas nak mesej or call abang dalam masa dua bulan... Nak bagi pengajaran skit kat abang. Tapi rasanya, dua hari pun tak sanggup. Huhu....




Aku akan cuba untuk menstabilkan mental dan fizikal aku selepas ni. Dan aku amat bersyukur kerana aku masih ada kawan2 yang masih mampu buat aku tersenyum. Terima kasih semua.



Cukup lah kot setakat ni dulu. Emosi aku memang betul2 kurang stabil skg ni, so sori sangat2 jika ada yang menyampah bila baca entri ini. Maaf.


Bai...







Monday, October 26, 2009

Sepi









Aku tak tahu apa dan bagaimana utk aku mulakan. Aku tidak pasti mengapa semua ni berlaku, dan hampir tidak pasti, apa yang sedang berlaku skg ni. Aku bingung. Amat bingung. Buntu. Keliru. Haru. Biru. Aku la tu.......



Ya Allah, bantulah aku. Kembalikan diri aku yg dulu. Aku mohon padaMu. Kau yg berkuasa melakukannya, kerana takdir itu ada padaMu, Ya Allah. Aku sudah tak berdaya lagi menanggung semua ni. Aku amat terseksa. Bukan terseksa kerana beratnya ujianMu, tetapi terseksa kerana aku sememangnya tak mampu untuk menjadi diri aku dalam mengharungi liku dan ranjau ni. Aku hampir kehilangan diri dan jiwaku. Serius. Aku sudah semacam tidak mengenali diri aku. Bukan kerana aku terlalu byk tgk cerita2 pelik kat tv dan astro. Bukan juga kerana aku ni hampir hilang ingatan sebab short term memory aku dah penuh dek assignment dan projek yg baru je selesai dilaksanakan minggu lepas. Bukan. Aku yakin bukan sebab tu.



Lately, banyak sangat perkara yang terjadi dlm hidup aku. Agak banyak jgk la. Tapi, aku tak boleh nak menyenaraikan semua tu. Semuanya terlalu sulit. Tidak sesekali. Ya. Tidak. Tapi yg pasti, semua yang terjadi adalah di luar dugaan dan keinginan. Mungkin sebahagiannya adalah berlandaskan keinginan, tapi keinginan itu sebenarnya di luar kemampuan aku. Aku tak berdaya nak melawan keinginan tersebut. Aku terlalu lemah. Dan aku dilemahkan lagi oleh keadaan. Keadaan yang kadang2 memberi peluang untuk aku melayani keinginan tersebut. Aku tahu semua tu tak perlu. Aku juga tahu belum tiba lagi masanya untuk semua tu. Ya, aku amat tahu. Siapa yang dpt melawan takdir. Takdir yang menjadikan semuanya begini. Tapi aku tak boleh nak menyalahkan takdir. Habis tu, nak salahkan siapa? Diri aku? Aku dah bgtau tadi, aku memang tak berdaya nak melawan semua ni. Aku sangat tak berdaya, sehinggakan aku hanya membiarkan semuanya berlaku, tanpa melakukan apa2. Salah aku ke? Kalau difikirkan, memang aku yang patut dipersalahkan, tapi tidak adil bagi aku kiranya aku je yang disabitkan dengan kesalahan ni. Dia pun salah jugak. Bukan aku suka2, saje2 nak menyalahkan sesiapa. Aku tak berhak. Tapi ntah la. Dah naik bengong kepale hotak aku ni nak fikir pasal semua ni. Serius aku bengong fikir pasal ni.



Bila semua ni terjadi, tiada jalan lain yang boleh aku lakukan selain daripada kembali padaNya. Bukan maksud aku nak kembali padaNya dengan membunuh diri dan mengorbankan jiwa ini. Oh, tidak sesekali. Nauzubillah.
Aku bermunajat. Bermuhasabah. Memikirkan semua yang telah berlaku, walaupun aku sememangnya gagal untuk mencari punca mengapa semua ni berlaku. Tapi yang pasti, bila aku mengembalikan hatiku padaNya, aku tahu apa yang harus aku lakukan selepas ini. Aku amat2 berharap agar segalanya tak akan berulang lagi. Tidak sesekali. Aku cuba untuk bertekad, dan berharap agar apa yang aku luahkan ini bukan sekadar untuk menyedapkan hati yang sedang gundah gulana ni. Bukan.



Aku tatap kitab suci dan mengucupnya bila selesai mencari. Terasa ketenangan di hati. Walaupun cuma buat ketika itu, dan aku kembali menyelarukan fikiran aku sendiri semasa menulis entri ini, tapi aku harap lepas ni, apa yang berlaku dan apa yang bakal aku lakukan adalah yang lebih baik dari sebelum2 ini. InsyaAllah. Terima kasih Allah. :-)



Kalau nak diikutkan perasaan, nak je aku luahkan semua ni pada seseorang. Seseorang yang dekat dengan aku. Rumet aku. Sebab aku sangat tak berdaya nak hadapi semua ni. Aku dah tak berdaya sangat nak tanggung semua ni sendirian.



Tapi aku tak boleh. Tak boleh nak luahkan. Terlalu rumit untuk aku ceritakan. Jangan tanya aku kenapa. Apa yang berlaku ni sememangnya di luar dugaan. Kalau lah aku luahkan pada sesiapa pun, aku tahu orang tu susah untuk terima apa yang ingin aku perkatakan ni. Amat susah aku rasa. Ya. Susah sangat.



Kalau diikutkan hati, nak je aku lari dari sini. Tapi nak lari gi mane? Mane lagi tempat yang aku leh pegi. Kalau aku lari, rasanya aku mcm lari dari bayangan diri aku sendiri. Bayangan kesilapan dan kekhilafan yang telah aku lakukan. Sungguhpun diri aku sendiri tak dapat nak menerima semua yang dah terjadi, tapi aku harus menerima hakikat. Hakikat yang semua ni dah terjadi. Apa yang dah berlaku, memang dah berlaku. So, dah takleh nak buat ape dah. Susah mcm mane skalipun aku nak terima, aku kene jugak terima. Bukan aku taknak terima, tapi rasa cam susah sangat nak percaya. Ya, susah sangat. Korang takkan faham, sebab tulisan aku ni makin mengelirukan fikiran korang. Takpe la. Sekurang2nya, korang tahu yang kepale hotak aku sekarang ni memang sangat2 kurang betul. Ya. Kurang betul.





Di saat aku betul2 tengah bingung dan bengong memikirkan semua ni, aku terlalu mengharapkan kewujudan dia di sisi aku. Namun harapan sekadar tinggal harapan. Tak mampu nak dilaksanakan. Ya. Saat ni aku rasakan yang aku amat2 memerlukan dia. Tapi dia jauh sangat. Walaupun dia sentiasa di hati, tapi kadang2 bagi aku itu tidak mencukupi. Aku nak dia ada di sisi. Maaf andainya aku terlalu beremosi. Maaf juga kiranya entri ini agak keterlaluan. Bila aku fikirkan balik, apa yang berlaku ni pun keterlaluan jugak. Sampaikan aku sendiri pun susah nak terima dan percaya. Tapi itulah hakikatnya.



Kalau lah dia baca entri ni, aku harap sangat dia dapat memahami isi hati aku. (Rasanya dia tak akan baca, sebab dia sendiri pun mungkin tak tahu tentang kewujudan blog aku ni...Biarlah..) Aku amat2 menyayangi dirinya. Amat sangat. Hanya Tuhan yang tahu mcm mane perasaan aku. Setiap kali menadah tangan selepas solat, aku tak pernah ketinggalan untuk memanjatkan kesyukuran pada Allah, kerana Dia telah menemukan hatiku dengan hatinya. Aku amat bersyukur sekali. Perasaan cinta ni adalah anugerah dariNya yang amat2 bernilai dalam hidup aku. Aku ingin menjaganya dengan sepenuh hati. Dengan sebaik mungkin. Itu tekadku. Aku mohon padaNya, agar Dia teguhkan rasa cinta di hati kami buat selamanya. Aku mohon juga, agar dia adalah insan yang ditakdirkan untuk aku, dan akan hidup bersamaku, selamanya.


Aku ingin semuanya berakhir dengan baik. Walaupun hidup ini sentiasa dipenuhi dengan dugaan dan ujian, dan mungkin ada perkara yang berlaku di luar dugaan, tapi aku amat berharap agar doa aku diperkenankan. Sesekali terdetik rasa takut di hati, bila memikirkan takdir dan ketentuan Illahi. Tapi, aku taknak fikir sangat. Apa yang mampu aku lakukan saat ni, hanyalah berdoa memohon dariNya. Dan aku memang sentiasa berdoa, meminta padaNya agar inilah jalan yang terbaik untukku.



Buat dia, insan yang sentiasa di hatiku,

Ketahuilah bahawa aku mengimpikan kehidupan yang lebih baik untuk kita kecapi suatu hari nanti. Lebih baik daripada hari ini. Kesilapan itu sepatutnya kita jadikan landasan dalam menempuhi hidup ni. Aku amat2 menyayangi dirimu. Amat sangat. Walaupun dirimu jauh dari pandangan mataku, tapi namamu sentiasa di hatiku. Hatimu sentiasa di hatiku. Cintamu ada di jiwaku.


Terima kasih, Allah. Di atas rasa cinta yang Kau hadiahkan ini. Aku amat2 mensyukurinya. Dan aku amat berharap, agar rasa syukur ini akan menyuburkan lagi cinta di hati kami, demi cintaMu Ya Allah. Amin.







Saturday, October 24, 2009




Awal gile aku bangun pagi ni. Tak pernah kot aku bangun seawal ni. Nak kata malam tadi tidur terlalu awal, tak jugak rasanya. Ntah la. Dah xleh nak sambung tidur, tu yg aku terus bangun, solat subuh. Then bukak facebook. Bukak emel. Bukak blog. Dah lama sebenarnya xupdate blog. Malas. Takde masa. Takde idea. Takde mood.


Lately, banyak sangat bende yang menyerabutkan pale otak aku ni. Dalam seminggu dua lepas, kene bekerja keras menyiapkan semua assignment n projek. Bila dah siap present sume, lega siot rasanya. Huh!! Serius lega!!

Skg ni lak, dah stat kene study utk final. 1st paper 29hb, Penerbitan Digital. Skg ni jugak dah stat cari tesis budak lepas and carik maklumat psl projek. Cari software skali. Dah dpt malam tadi, dah siap install dah. Tahniah dan penghargaan untuk diri aku. Suatu permulaan yang baik aku rasa.

Masa aku bukak emel tadi, takde pun emel baru kat inbox. So aku pun bukak la emel yang aku send kat bf aku malam tadi. Panjang berjela. Huhu... Tak perlu kot aku attach kat sini, hal peribadi tu. Haha... Plus hal2 rumahtangga. Ingatkan malam tadi leh jumpa dia, tp hampa. Sangat hampa sebenarnya. Dia kene g Mersing, outstation. Kecewa.













Wednesday, October 21, 2009

SMM3312 Penerbitan Digital



3D Laser Scanning